Tidak
dapat dinafikan lagi pasti semua pelajar ingin cemerlang dalam peperiksaan. Mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan sebenarnya mudah sekiranya pelajar itu
mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Pada zaman
globalisasi yang bergerak pantas bagai belut diketil ekornya, masih ada
segelintir pelajar yang lebih sukakan hiburan dan keseronokan berbanding
pelajaran. Mereka memandang remeh terhadap prestasipeperiksaan mereka malah
mereka tidak sedarkeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mampu memberikan
masa depan yang cerah kepada mereka. Pelajar kian lupa pada pesan orang tua-tua
“menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna”. Persoalannya,
apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan?
Antara cara untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
ialah dengan memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Memberi tumpuan ketika
guru mengajar dapat membantu pelajar untuk memahami apa yang dipelajari dengan
mudah. Seorang pakar psykologi ada mengatakan bahawa lima puluh peratus yang
difahami adalah dengan kaedah memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika guru
mengajar. Pemberian tumpuan yang sepenuhnya juga dapat memudahkan pelajar itu
bertanya jika tidak faham apa yang diajarkan seperti pepatah malu bertanya
sesat jalan. Kesimpulannya, memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar
dapat membantu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Selain itu, sebagai seorang pelajar kita seharusnya
menyediakan jadual belajar sendiri. Jadual belajar dapat membantu pelajar
menguruskan masa dengan baik dan memberikan disiplin kepada pelajar. Dengan adanya
jadual belajar dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa masa itu emas dan
harus dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk belajar. Pada hari persekolahan
jadual waktu seeloknya dimulakan pada waktu petang selepas pulang dari sekolah
dan pada sebelah malam sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Hal ini dapat
membantu pelajar mengulangkaji pelajaran yang dipelajari dengan teratur. Seterusnya,
pada hujung minggu atau pada hari cuti seeloknya jadual ulangkaji dimulakan seawall
pagi iaitu seusai solat subuh. Hal ini dapat membantu para pelajar agar mudah
menghafal sesuatu perkara. Kesimpulannya, dengan adanya jadual belajar lebih
mendisiplikan pelajar agar menghargai masa sebaiknya.
Di samping itu, pelajar boleh jadikan guru sebagai sumber
rujukan kepada mereka. Guru merupakan orang yang lebih terlatih dan lebih
banyak ilmu yang dapat guru kongsikan. Sekiranya tudak memahami sesuatu mata
pelajaran berjumpa dengan guru dan bertanya kepada guru kerana malu bertanya
sesat jalan. Selain itu, pelajar sewajarnya berbaik dengan guru kerana jika
para pelajar desenangi oleh guru, ilmu yang dipelajari melalui guru tersebut
mudah diperolehi kerana sentiasa diredhai ilmunya kepada para pelajar. Kesimpulannya,
hargailah guru yang mengajar kera guru ibarat sebatang lilin yang sanggup
membakar diri untuk menerangi anak-anak muridnya.
Seterusnya wujudkan kumpulan belajar iaitu ‘study group’
dengan rakan-rakan. Study group akan membantu pelajar agar belajar secara mudah
dan difahami. Apada abad ke 21 ini pelbagai gajet telah wujud dan patut
dimanfaatkan oleh pelajar untuk melalukan study group melalui laman sesawang
contohnya e-talk. Belajar secara
berkumpulan ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengemukakan
pendapat masing-masing tentang jawapamn yang diperoleh. Dengan cara ini dapat
memudahkan lagi proses pembelajaran kerana setiap tugasan ini diagihkan sama
rata. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada stress belajar seorang diri. Belajar
secara berkumpulan dapat meringankan beban pelajar dan lebih menyeronokkan
seperti pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing . kesimpulannya,
kejayaan akan diperoleh sekiranya berkongsi ilmu dengan rakan yang lain kerana
dengan kaedah menerangkan kepada rakan mengenai hal yang telah kit abaca dan
faham akan menyebabkan kita lebih ingat.
Selain itu, sebagai pelajar sewajarnya banyakkan membaca
bahan-bahan ilmiah. Bahan-bahan ilmiah akan banyak membantu kita sewaktu
peperiksaan. Hal ini kerana disekolah-sekolah pelajar banyak didedahkan dengan
soalan-soalan KBAT. Bukan sahaja soalan-soalan yang diberikan oleh guru, malah
soalan peperiksaan SPM pada abat ini sudah lapan puluh peratus terdiri daripada
soalan KBAT. Oleh itu dengan banyak membaca bahan ilmiah akan menjadikan diri
seseorang pelajar itu lebih matang. Dengan pendedahan terhadap bahan ilmiah
yang banyak pelajar, dapat membezakan perkara-perkara positif dan perkara
negative. Para pelajar dapat menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah. “membaca amalan mulia” sebagai pelajar
yang ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan perlu banyak membaca
seperti pepatah serapang dua mata.