selamat datang

Selamat Datang Ke Blog Kami Semoga Bermanfaat Penulisan Yang Kami Kongsikan Di Blog Ini.

Monday 22 July 2019

Semangat Kejiranan


            Dalam meniti arus kemodenan ini, institusi kejiranan dalam kalangan masyarakat kita hari ini semakin pudar ditelan zaman. Hal ini kerana kesibukan masyarakat kita pada hari ini yang bertungkus-lumus bekerja untuk mendapatkan pendapatan demi menyara keluarga masing-masing. Tambahan pula kos sara hidup yang tinggi di abad ini menjadikan masyarakat kini mengambil lebih masa dalam bekerja supaya mendapat pendapatan tambahan yang lebih. Hal ini menyebabkan masyarakat hari ini tidak lagi mementingkan hubungan yang erat antara jiran di sekeliling mereka, malah ada juga masyarakat kita yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal bersebelahan rumah sahaja. Oleh itu, terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan oleh masyarakat kini untuk mewujudkan hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Justeru dapatlah mengangkat slogan “jiran sepakat membawa berkat”.

            Antara cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita ialah dengan mengadakan gotong-royong dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini, supaya masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar atau taman perumahan dapat mengamalkan budaya seperti yang diamalkan di kawasan kampung. Sekiranya melakukan amalan gotong-royong masyarakat dapat mengenali jiran tetangga masing-masing dan bekerjasama dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh masyarakat dapat saling bantu membantu terutamanya dalam mengadakan kenduri kecil-kecilan. Oleh itu jiran dapat saling meringankan beban jiran yang lain seperti pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Kesannya jiran dapat menjayakan sesuatu majlis dengan lebih mudah. Hal ini jelaslah dengan mengamalkan cara bergotong-royong dapat menyemarakkan kembali semangat kejiranan.

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga penting untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat kita yang hidup berjiran. Rumah terbuka dapat mengumpilkan ramai jiran tertangga daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini membolehkan kita mengenali adat dan budaya  pelbagai kaum. Sebagai contoh sekiranya kita berbual dengan jiran yang berbeza agama dan budaya dari kita, kita daat menambah ilmu pegetahuan mengenai pelbagai budaya. Justeru perkara itu dapat mengangkat darjat kita sebagai seorang yang yang berilmu pengetahuan luas dan bertamadun kerana seorang yang brilmu pengetahuan luas dan bertamadun kerana bijak dalam mengetahui pelbagai budaya di negara kita.

            Seterusnya, masyarakat perlu mempraktikkan budaya ziarah menziarahi supaya menunjukkan bahawa tiaad sikap mementingkan diri sendiri dalam diri seseorang jiran agar dapat menjadi contoh kepada jiran-jiran yang lain bagi memiliki sikap ego dan angkuh dalam diri mereka. Sebagai contoh, kita perlu menzirahi jiran tetangga kita sekiranya mereka ditimpa musibah seperti sakit ataupun berlaku kematian ahli keluarga mereka, jadi dengan kehadiran kita dapat memberikan kata-kata semangat serta menenangkan jiwa mereka. Kesannya, jiran akan merasa dirinya masih memiliki tempat untuk bengantung sekiranya kita melakukan demikian. Hal ini kerana dalam kehidupan berjiran, kita perlulah mengamalkan sikap yang ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Oleh itu jelaslah bahawa dengan mengamalkan amalan ziarah-menziarahi, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

            Di samping itu, cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita dapat dilakukan dengan cara menghormati adat resam dan  budaya kaum lain supaya tidak berlaku konflik dan perselisihan faham antara jiran tetangga iaitu dengan mengenali dan mempelajari budaya dan adat resam kaum lain. Kita dapat menjalani kehidupan berjiran dengan jiran yang pelbagai budaya dengan aman dan harmoni. Contohnya, sekiranya kita mengetahui cara hidup kaum lain, kita dapat mengelakkan daripada melakukan sesuatu perkara yang dianggap sensitive di kalangan jiran yang pelbagai budaya itu. Kesannya, semangat kejiranan di negara kita dapat diperkukuhkan. Oleh itu jelaslah bahawa dengan menghormati adat resam dan budaya kaum lain kita dapat mengukuhkan semangat kejiranan.

            Akhir sekali, kita sewajarnya meluangkan lebih masa bersama-sama jiran terutamanya pada hari minggu bagi mengeratkan lagi hubungan sesama jiran. Kita dapat melancong bersama jiran didalam negara mahupun di luar negara. Sebagai contoh, sekiranya kita melancong bersama-sama jiran tetangga, kita dapat meluangkan masa untuk berbual, berbincang tentang urusan pekerjaan masing-masing serta mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Oleh itu, jiran yang rapat juga membolehkan asakita meminta tolong disaat dalam kesusahan tanpa berasa segan silu kerana telah mengenali secara mendalam hati budi jiran kita. Dengan ini, jelaslah bahawa dengan meluangkan lebih masa bersama jiran tetangga dapat memberi manfaat kepada kita.

            Konklusinya, cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita bukanlah suatu yang sukar, namun sikap individualistik  dan materialistik dalam diri masing-masing perlulah dibunag supaya hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang sentiasa aman,harmoni dan sejahtera dapat dicapai. Oleh itu, langkah-langkah tersebut perlulah dipraktikkan supaya mendapat manfaat sebagaimana yang dikehendaki umun. Seperti pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Friday 19 July 2019

Contoh Pendahuluan: Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak

Pada zaman pasca kemerdekaan ini, budaya membaca kurang dipraktikkan oleh generasi muda. (ISI) Anatara puncanya ialah pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan serba moden ini. (SEBAB) Natijahnya, generasi muda kurang ilmu pengetahuan. Buktinya, golongan remaja kurang cemerlang dalam pelajaran di sekolah. (BUKTI) Sebagai tonsilnya, apabila keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM diumumkan, pencapaian akademik tidak memuaskan atau belum mencapai prestasi yang membanggakan. (CONTOH) Hal ini, perlu ditanggani secara bijaksana oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. (UNGKAPAN) Persoalannya apakah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.

Thursday 18 July 2019

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Sahsiah Anak - Anak

Dalam meniti arus kemodenan yang penuh dengan pelbagai cabaran ini, dapat kita fokuskan kepada aktiviti gejala sosial semakin hari berleluasa dan merunsingkan. Seterusnya, dapat kita lihat kes-kes gejala sosial pada keratan akhbar malah ia disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja.Menyedari hakikat perkara itu, pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan yang berlaku terutamanya berkaitan dengan gejala sosial ini. Sungguh malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti mencurah air ke daun keladi” kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka dalam usaha untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang tidak sihat ini.
                        Sememangnya terdapat pelbagai bentuk usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau mental serta tubuh anak-anak mereka. Jasmani merupakan satu elemen yang utama bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak –anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan fizikal anak-anak terjaga dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna?. Disini terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan oleh anak-anak bersama-sama ibu dan bapa. Contohnya, ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan lain lain. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan cergas minda cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan seperti ini dapat mengelakkan anak – anak daripada terjebak dengan aktiviti – aktiviti gejala sosial yang tidak memberi sebarang manfaat kepada anak – anak kita.
                           Selain itu, perana ibu bapa sangatlah penting dalam mengawal dan memberi perhatian terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut perkembangan diri serta perubahan persekitaran mereka.  Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia remaja. Perubahan emosi juga jelas ditunjukkan oleh remaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa kerana persis kata orang tua - tua  “alah bisa tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula, ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya dapat mengenali emosi anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi mereka. Dari sudut lain, ibu  bapa perlulah mempunyai hubungan yang akrab dengan anak – anak dengan menjadikan anak – anak sebagai kawan agar anak –anak mudah untuk berkongsi cerita ataupun meminta pandangan daripada ibu bapa.
                             Seterusnya, ibu bapa perlulah menerapkan ilmu agama kepada anak – anak agar rohani mereka tidak mudah dipengaruhi oleh hasutan gejala sosial yang semakin berleluasa. Tambahan pula, pada masa kini anak – anak lebih mudah mengikut kata kawan – kawan berbanding nasihat serta teguran ibu bapa. Sewajarnya ibu bapa perlu menerapkan ilmu fardhu ain dan fardhu khifayah kepada anak – anak supaya pengisian rohani anak – anak lebih kuat dan mantap dalam meniti arus globalisasi kini. Di samping itu, ibu bapa wajar membawa anak – anak ke masjid agar mereka dapat mendengar nasihat daripada alim ulama agar mereka dapat menilai diantara kaca dan permata. Ini dapat memupuk nilai cintakan agama di dalam diri anak – anak. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak – anak yang kian hari kian membesar bak kata cendiakawan “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Maka ibu bapa mestilah menunjukkan nilai yang baik kepada anak – anak.
                 Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.
                     Selain itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? .Kaedah yang paling asas adalah dengan mengajar anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak –anak akan dapat dibentuk dengan sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan mereka sebagai remaja yang yang beradab dan mempunyai pekerti budi yang tinggi.

                        Konklusinya, Malaysia merupakan negara yang indah di mata duia serta mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda kotemporari ini kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita janganlah menuding jari dan bersikap pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan kemusnahan dan kegelapan akibat ketidak prihatinan kita? Semestinya “tidak” jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti

Tuesday 16 July 2019

Amalan Gaya Hidup Sihat

Dewasa ini, amalan gaya hidup sihat saban hari kian dilupakan. Namun begitu kerajaan juga telah mermperkenalkan gaya hidup sihat dengan mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup. Contohnya, pelbagai kaedah kempen yang ditunjukkan kerajaan seperti menyiarkan di kaca televisyen mengenai pelbagai aktiviti seperti larian amal, berbasikal beramai-ramai dan banyak lagi. Oleh itu, saya sentiasa menyahut seruan yang diberikan kerajaan demi menjadi individu yang sihat. Hal ini kerana ada pepatah mengatakan otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Oleh itu, saya sentiasa melakukan amaalan gaya hidup sihat yang wajar untuk memastikan kesihatan diri saya sentiasa terjaga.

Antara amalan wajar yang sentiasa dititikberatkan saya adalah dari segi amalan pemakanan yang seimbang. Hal ini kerana makanan yang kita makan setiap hari memainkan peranan yang penting dalam menentukan keadaan kesihatan badan diri saya serta individu yang lain. Hal ini kerana makanan yang mengandungi gula, garam dan sodium glutamen yang tinggi amat merbahaya kepada kesihatan kerana sumber-sumber ini dapat mengubah keadaan hormon di dalam badan seseorang, malah dapat merosakkan fungsi tubuh. Sebagai contoh adalah apabila kita terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung kandungan gula yang tinggi dan berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti kencing manis dan diabetes mudah dijangkiti. Penyakit ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan anggota badan seperti kaki manupun tanngan. Kesan sampingan lain yang akan dihadapi oleh individu itu ialah penderitaan di dalam hidaupnya kerana tidak sempurna seperti biasanya. Oleh itu, kita perlulah sentiasa menitikberatkan segala apa yang kita makan bagi mencegah diri daripada terjadinya penyakit yang tidak di ingini. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan mengamalkan pemakanan seimbang dapat kita cegah daripada penyakit merbahaya.

Sehubungan dengan itu, saya juga sentiasa melakukan senaman ataupun riadah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang memuaskan. Saya sentiasa melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan melakukan aktiviti seperti berjogging dan bermain futsal bersama rakan-rakan. Kesannya badan saya akan mengeluarkan peluh yang mengandungi toksik dan bahan kumuhan yang tidak diperlukn oleh tubuh dan hal ini membolehkan saya menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan sempurna. Untuk mencapai kehidupan sihat tidaklah sukar cuma memerlukan sedikit usaha kerana di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Oleh itu, jelaslah bahawa bersenam dan beriadah dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Seterusnya, menjaga kebersihan tempat tinggal turut penting kepada saya, hal ini kerana majoritinya masyarakat kita hari ini memandang enteng terhadap kebersihan tempat tinggal. Namun hanya mementingkan kebersihan diri dan makanan semata-mata. Keadaan kebersihan tempat tinggal di kawasan kejiranan mestilah sentiasa dibersihkan supaya tidak menjadi habitat kepada agen-agen perosak seperti nyamuk, tikus, lipas dan lalat. Sebagai contoh, tayar-tayar yang terbiar dan plastik-plastik yang bertaburan perlulah dibersihkan supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak. Kesannya kita dapat mencegah daripada terkena serangan denggi yang amat berbaya. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu jelaslah bahawa dengan menjaga kebersihan kita semua dapat mencegah daripada terkena pelbagai penyakit merbahaya yang semestinya dikhwatiri ramai.

Di samping itu, tidur yang cukup juga sering saya amalkan kerana tidur yang cukup amat penting dalam memastikan pertumbuhan seseorang individu agar sentiasa terjamin. Saya sentiasa mengamalkan tidur 8 jam sehari kerana tidur yang cukup juga dapat menjamin pemikiran yang positif dalam diri setiap individu. Contohnya, sekiranya seseorang individu tidur dengan cukup dia akan merasa selesa dan tenang dalam apa jua keadaan sekalipun mahupun pelbagai masalah mendatang individu tersebut tetap dapat berhadapan dengan masalah tersebut dengan baik dan waras.

Akhir sekali, saya sentiasa memastikan tahap kesihatan saya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dengan membuat pemeriksaa kesihatan secara berkala. Dengan menggunakan alatan dan mesin yang canggih di hospital tahap kesihatan saya sentiasa dapat diperiksa dan dipantau dengan begitu mudah. Contohnya, saya dapat menentukan kadar gula dalam darah. Kesannya saya dapat menstabilkan semula kesihatan saya sekiranya ia mula terjejas. Hal ini kerana sekiranya keadaan kesihatan saya telah merosot saya dapat menstabilkannya kembali. Oleh itu jelaslah bahawa pentingnya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala yang sekurang-kurangnya perlu dilakukan pada setiap bulan.

Konklusinya, amalan-amalan gaya hidup sihat yang selalu saya amalkan mestilah juga diamalkan oleh orang ramai bagi memastikan keadaan kesihatan bersama sentiasa terjamin. Contohnya, sekiranya masyarakat di negara kita sentiasa mengamalkan amalan gaya hidup sihat, negara kita dapat melahirkan masyarakat yang produktif dan sentiasa positif. Oleh itu, ternyata bahawa amalan gaya hidup sihat juga penting dalam masyarakat yang sihat.

Monday 15 July 2019

Karangan A- Faedah Koperasi Sekolah


Koperasi sekolah boleh didefinisikan sebagai pusat atau tempat yang memberikan perkhidmatan kepada warga di sekolah terutamanya berkaitan keperluan alat tulis. Penubuhan koperasi merupakan signifikan di sesebuah sekolah yang berfungsi untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar menjalani pembelajaran di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak faedah koperasi sekolah bukan hanya kepada murid-murid malah kepada kakitangan di sesebuah sekolah juga.

Antara faedah koperasi sekolah ialah warga sekolah dapat memperoleh harga murah berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Hal ini kerana koperasi sekolah yang ditubuhkan kebanyakkannya adalah bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan dan lahir dari keluarga yang miskin dan sederhana. Oleh itu, koperasi sekolah telah membantu pelajar untuk menjimatkan duit melalui perbelanjaan mereka di koperasi sekolah, dengan itu pelajar dapat menyimpan duit selebihnya sebagai tabungan mereka. Sebagai contoh, mereka akan membawa pulang baki duit yang lebih banyak sekiranya mereka berbelanja di koperasi sekolah berbanding berbelanja di kedai-kedai di luar sana. Demikian, pelajar akan menyukai amalan menabung karna mereka akan menyedari bahawa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan berbelanja di koperasi sekolah pelajar dan warga sekolah yang lain akan memperoleh harga yang murah dan menguntungkan diri mereka.

Selain itu, warga sekolah khususnya kepada pelajar, mereka akan mendapat ilmu perniagaan apabila berurusan dengan koperasi sekolah. Hal ini kerana, mereka dapat mengatur perbelanjaan mereka terlebih dahulu semasa hendak membeli barangan di koperasi berbanding sekiranya mereka membelli barangan di luar. Sebagai contoh, apabila membeli barangan di koperasi pelajar akan menilai harga barangan terlebih dahulu supaya tidak melebihi nilai wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka tetapi hal ini tidak akan berlaku sekiranya mereka berbelanja di kedai-kedai di luar sana bersama ibu bapa mereka kerana segala kos perbelanjaan akan dijelaskan oleh ibu bapa mereka. Faedah koperasi tersebut membolehkan pelajar mengaplikasikan perkara tersebut di dalam pelajaran juga terutamanya dalam subjek matematik, akaun mahupun ekonomoi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah banyak memberi faedah kepada warga sekolah dalam mendapatkan ilmu perniagaan.

Di samping itu, koperasi sekolah juga memberi faedah dalam memudahkan warga sekolah bagi mendapatrkan barangan dan perkhidmatan. Demikian kerana, koperasi sekolah tidak perlu membazirkan petrol ibu bapa pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang datang ke sekolah dengan dihantar ibu bapa  mereka tidak perlu bersusah payah menyuruh ibu bapa mereka ke kedai lain kerana keperluan yang dikehendaki sudah tersedia di koperasi sekolah. Justeru, pelajar dapat menjimatkan masa dan dapat datang awal ke sekolah sekiranya tidak singgah di mana-mana kedai bertujuan membeli barangan yang sudah ada di koperasi sekolah. Hal ini jelaslah bahawa koperasi sekolah berfaedah dalam memudahkan warga sekolah mendapatkan barangan dan perkhidmatan serta menjimatkan masa mereka kerana masa itu emas.

Konklusinya, faedah-faedah koperasi sekolah akan dapat dirasai sekiranya warga sekolah iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang lain berurusan dengan koperasi sekolah. Oleh itu kakitangan sekolah diseru agar memberi sambutan dan sokongan kepada koperasi sekolah yang ditubuhkan agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya, tambahan pula dapat menyumbangkan kepada pembangunan sekolah kita sendiri untuk menjadi sekolah yang maju.

Thursday 11 July 2019

Keruntuhan Rumah Tangga


Keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan oleh konflik yang berlaku antara suami dan isteri. Selain itu, hal ini berlaku disebabkan oleh pasangan suami isteri yang tidak mempercayai antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara suami dan juga isteri. Hal tersebut menjadi punca keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja iaitu anak-anak mereka. Persoalannya, apakah factor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut? Bagi menjawab persoalan diatas, saya akan membicangkan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.
            Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa punca keruntuhan akhlak mereka adalah disebabkan anak-anak kekurangan kasih saying. Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa mereka bercerai, ibu bapa akan membawa haluan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak rasa terabai dan sunyi. Selain itu, anak-anak juga akan mencari alternative lain dengan mendapatkan kasih saying daripada kekasi mereka. Mereka mungkin akan bergaul tanpa menjaga batas pergaulan mereka malah kekasih yang diharapkan mungkin boleh merosakkan masa depan mereka. Seperti pepatah “harapkan pagar, pagar makan padi”.
            Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa penceraian antara suami dan isteri boleh merosakkan emosi anak-anak mereka kerana anak-anak akan berasa terpinngir. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang tidak meluangkan masa bersama-sama anak mereka. Seterusnya, anak-anak akan berasa tertekan dengan masalah yang berlaku dan tertekan akan kekurangan yang dirasai. Hal ini menyebabkan anak-anak kurang keyakinan diri apabila berbual dengan rakan-rakan mengenai ibu bapa. Selain itu, anak-anak akan berasa murung dan hal ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikan mereka. Oleh itu, ibu bapa berperanan untuk mengawal ego masing-masing agar anak-anak tidak terjebak dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa mereka.
            Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata  bahawa penceraiaan suami isteri memberikan beban dan tekanan kepada anak-anak kerana pengurusan diri mereka terabai. Hal ini kerana ibu bapa sibuk dengan hal masing-masing sehingga pengurusan keperluan anak-anak mereka terabai. Di samping itu, rumah mereka juga menjadi tidak terurus kerana tiada masa untuk menguruskan rumah dan keperluan anak-anak. Hal ini menyebabkan anak-anak terpaksa menguruskan diri sendiri dan adik-beradik yang lain pada usian muda. Oleh itu, ibu bapa perlulah rasional agar tidak mengabaikan pengurusan keperluan anak-anak.
            Sudah terang lagi bersuluh bahawa penceraian antara suami dan isteri berlaku disebabkan oleh pergaduhan. Pergaduhan antara suami isteri memberi contoh yang tidak baik. Hal ini akan menyeebabkan anak-anak terikut setiap perkara yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Hal ini akan memberikan impak kepada anak-anak mereka kerana apabila mereka sudah dewasa, kemungkinan besar mereka akan mengulangi setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa “kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengelakkan pergaduhan dihadapan anak-anak agar anak-anak tidak terkena tempias pergaduhan itu.
            Tidak dapat dinafikan lagi bahawa keruntuhan rumah tangga boleh menyebabkan ibu bapa itu sendiri bergaduh mengenai hal dan hak penjagaan anak-anak. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak berada dalam dilema kerana mereka tidak tahu sama ada mahu tinggal bersama ibu ataupun bapa. Seterusnya hal ini juga boleh menyebabkan anak-anak tidak focus dalam pelajaran mereka kerana pelajaran mereka akan terjejas disebabkan oleh konflik yang berlaku anatara ibu dan dapa mereka. Hal ini akan menyebabkan pelajaran anak-anak merosot kerana mereka terlalu memikirkan masa depan mereka setelah ibu dan bapa mererka sudah berpisah kelak. Selain itu anak-anak juga akan merasa bersalah dan tidak tahu membuat keputusan sama ada untuk memilih tinggal bersama ibu atau bapa, ia seolah-olah “diluah mati mak ditelan mati bapa”. Sebagai contoh jika mereka memilih untuk tinggal bersama bapa, bagaimana pula dengan perasaan bapa mereka, hal ini akan menyebabkan anak-anak ini keliru untuk membuat keputusan.
            Konklusinya, sebagai remaja kita perlulah mengawal emosi dan perasaan kita jika berada ataupun mengalami situasi keruntuhan rumah tangga. Selain itu, kita haruslah sentiasa berfikir positif dan secara rasional. Seterusnya, sebagai ibu bapa kita mestilah bijak dalam mengawal situasi ketika berlakunya masalah antara suami dan isteri. Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengelakkan pertelingkahan antara suami dan isteri dihadapan anak-anak agak ianya tidak memberi impak yang besar terhadap anak-anak. Oleh itu, kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain agar tidak berlakunya perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan seterusnya penceraiaan.

Wednesday 10 July 2019

Kepentingan Rumah Terbuka


Dalam era globalisasi ini, kita dapat melihat keakraban antara ahli keluarga, jiran, mahupun diantara kaum semakin renggang dalam kalangan masyarakat kita kini. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesibukan masyarakat dalam berusaha mencari nafkah untuk menyara kehidupan masing-masing untuk meneruskan hidup di ear yang serba moden dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Contohnya masyarakat kita akan bekerja lebih daripada kebiasaannya bagi memperoleh kehidupan yang selea. Peribahasa ada mengatakan bahawa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Namun demikian, hubungan antara masyarakat kini perlulah dieratkan lagi dengan mengadakan majlis seperti rumah terbuka yang akan memberi banyak kepentingan dan faedah kepada kita.
            Antara kepentingan rumah terbuka termasuklah dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di makaysia. Hal ini kerana, rumah terbuka dapat mengembalikan keakraban antara keluarga, jiran mahupun antara kaum kerana semua anggota ini dapat berkumpul dan beramah mesra seperti saling mengenali antara jiran tertangga, berbual dan membincangkan sesuatu perkara. Hal ini dapat menjadikan masyarakat kita masyarakat yang saling berkerjasama. Bak kata perpatah,yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul supaya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Hal ini jelaslah bahawa dengan mengadakan rumah terbuka ia dapat memupik semangat perpaduan antara kaum.
            Selain itu, mengadakan rumah terbuka juga penting dalam mempelajari adat dan budaya kaum lain. Dengan adanya rumah terbuka kita dapat berbincang tentang pelbagai perkara termasuklah hal demikian. Hal ini menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan luas serta dipandang tinggi oleh kaum lain kerana kita bijak menghormati adat resam dan budayamereka. Contohnya, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang agak sensitif bagi budaya lain. Kesannya kita dapat melahirkan masyarakat yang menilai persefahaman yang tinggi mahupun berlainan bangsa untuk menjadi seperti aur dan tebing.
            Akhir sekali, hubungan silaturahim juga dapat dieratkan sekiranya rumah terbuka diadakan di Negara kita. Hal ini kerana masyarakat akan saling membantu sekiranya sesuatu jamuan mahupun rumah terbuka akan diadakan. Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah penduduk terutamanya disekitar kawasan kampung akan saling membantu dengan menghulurkan tangan bagi meringan beban jirannya. Demikian jelaslah bahawa dengan mengadakan rumah terbuka hubungan silaturahim antara masyarakat di Malaysia dapat dieratkan.
            Konklusinya, dengan mengadakan rumah terbuka di Malaysia banyak kepentingan yang boleh kita perolehi. Dengan itu, kita perlulah mengelakkan budaya atau amalan rumah terbuka ini agar segala kepentingan dan kebaikannya dapat sama-sama  kita rasai. Oleh itu, disarankan agar kerjasama semua pihak sentiasa diberikan untuk mengekalkan kepentingan kita bersama.

Kepentingan Hutan Kepada Manusia


Pada pendapat saya, sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang pertama ialah kawasan tadahan air, yang kedua ialah bekalan oksigen dan yang ketiga ialah keseimbangan suhu dan yang keempat ialah hasil-hasil huta.
            Sudah terang lagi bersuluh bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang pertama ialah kawasan tadahan air. Hal ini demikian kerana kawasan tadahan air perlu untuk mengekalkan keseimbangan bumi. Contoh kawasan tadahan air ialah pokok yang mempunyai daun yang besar dan lebar. Kesannya, kawasan tadahan air membolehkan tumbuhan hidup subur. Oleh itu, kawasan tadahan air menjadi salah satu kepentingan hutan kepada manusia.
            Tak tumbuh tak melata, tak sunguh orang tak kata, bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang keduanya ialah sebagai bekalan oksigen. Sebagai contoh, bekalan oksigen yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan. Kesannya, manusia akan mendapat bekalan oksigen untuk bernafas. Jadi, bekalan oksigen merupakan salah satu daripada kepentingan hutan kepada manusiadi bumi ini.
            Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang ketiga ialah keseimbangan suhu. Hal ini demikian kerana, tumbuh-tumbuhan yang hidup subur di dalam hutan dapat menyerap haba dan memberikan kelembapan. Kesannya, manusia dan haiwan akan merasa nyaman. Jadi, keseimbangan suhu juga salah satu kepentingan hutan kepada manusia.
            Akhir sekali, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang keempat ialah hasil hutan. Hal ini demikian kerana, manusia dapat mengutip hasil hutan. Sebagai contoh hasil-hasil hutan ialah batang pokok, kulit kayu dan sebagainya. Kesannya, barang berasaskan tumbuhan dapat dihasilkan. Jadi, hasil-hasil hutan juga merupakan satu daripada kepentingan hutan kepada manusia.
            Kesimpulannya, pentingnya hutan kepada manusia ialah kawasn tadahan air, bekalan oksigen, keseimbangan suhu dan hasil-hasil hutan.

Monday 8 July 2019

Kesan Makanan Segera Kepada Ahli Keluarga


Dalam mendapani era globalisasi yang kian memuncak dengan kemajuan demi kemajuan dikecapi demi memenuhi kehendak pasaran industri 4.0. Segalanya tidaklah seindah yang dikatakan pastinya terdapat beberapa perkara yang menjadi permasalahan yang akan timbul dari pelbagai isu, Oleh itu, kita akan membincangkan soal kesan makanan segera kepada ahli keluarga. Apabila ada ura-ura untuk mencadangkan pengharaman iklan makanan segera dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik oleh kementerian kesihatan, banyak pihak memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan tersebut sudah tentu bersifat positif dan negatif. Kebanyakkan pandangan negatif adalah berkaitan dengan kesan negatif terhadap ahli keluarga yang mengamalkan pemakanan makanan segera dalam kehidupan seharian. Makanan segera didefinisikan sebagai makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat. Antara contoh makanan segera ialah ayam goreng, buger, pizza dan sebagainya. Malah, makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin A untuk membina sel-sel baharu dan baik untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman tidak terdapat dalam makanan segera. Di samping itu, keperluan kepada makanan segera semakin ketara pada hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Hal ini kerana, kesibukan dalam tugas seharian telah mendorong masyarakat untuk mengambil jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berkhasiat. Jika makanan segera dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan tetapi pada hari ini pelbagai jenis makanan segera dihasilkan atas kehendak pasaran. Dalam hal ini, institusi kekeluargaan tersebut lupa bahawa kerosakan dan komplikasi yang berlaku apabila terlalu banyak makan makanan segera. Persoalannya , apakah kesan-kesan pengambilan makanan segera terhadap ahli keluarga? Persoalan besar ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh.
Antara implikasi pegambilan makanan segera ialah menyebabkan komplikasi kegemukan dan obesiti. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementeriaan Kesihatan Malaysia terdapat 25%-30% kanank-kanak di negara ini telah menghadapi masalah kegemukan. Hal ini adalah berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya, ais krim, makanan berasaskan marjerin dan minuman berkaronat di dalam tin. Pengambilan makanan segera yang berlebihan menyebabakan pelbagai komplikasi penyakit. Contohnya, komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung dan arthritis. Hal ini disebabkan oleh pengambilan pengamakan gaya hidup yang tidak sihat, kurang bersenam dan terdedah dengan makanan segera. Lampu Aladin tidak akan menyala tanpa digosok, begitulah juga dengan ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang sihat kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak-anak memerlukan zat-zat logam, susu, buah-buahhan, sayur-sayuran dan vitamin E yang mencukupi bagi membekalkan tenaga dan dapat menyihatkan tubuh badan. Selain itu, dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika di Anaheim melaporkan risiko remaja menghadapi sakit jantung daripada lebihan lemak teou dan kolestrol yang terdapat dalam makanan segera adalah amat tinggi. Natijahnya,dapat disimpulkan bahawa pengambilan makanan segera yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.
Tubuh sewajarnya lebih sihat. Peribahasa pun ada meyatakan bahawa “otak yang cerdas berada pada tubuh yang sihat”. Walau bagaimanapun kajian di Baycrest Centre di Universiti Toronto, Kanada merumuskan bahawa makanan segera boleh membantuan proses tumbesaran. Hal ini adalah disebabakan oleh nutrisi makanan yang diambil tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan malah, kurang kandungan protein dan kalsium boleh menyebabkan pembinaan otot dan tulang terganggu. Selain itu, makanan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti perisa tambahhan yang merencatkan pemikiran kanak-kanak. Mudasirnya, ia juga mampu menjejaskan katahanan badan seseorang dan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Malah, bahan kimia seperti karsinogen digunakan boleh menyebabkan pembentukan dan perkembangan sel secara tidak terkawal. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam makanan segera boleh mengakibatkan kanser dan ketumbuhan pada otak. Contohnya, kanak-kanak mengalami perubahan drastik dari segi fizikal dan mental serta memberi impal secara makro dan mikro. Malah, pengambilan makanan segera yang banyak boleh menggangu perembesan hormon. Bukan itu sahaja, makanan segera juga tidak memberikan sebarang manfaat kepda manusia. Oleh itu, kita haruslah mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, tetapi mengambil pemakanan yang berkhasiat akan menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan. Sudah terang lagi bersuluh makanan segera memberikan impak yang negatif kepada tubuh badan dan kehidupan sehariaan.
Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa ini kian dilupakan begitu juga dengan makanan tradisional di negara ini yang semakin dipinggirkan. Generasi muda kini tidak pernah cuba untuk mengenal makanan tempatan seperti tempoyak dan cencalok. Disebabkan oleh kesibukan bekerja menyebabkan ibu bapa lebih suka menyediakan hidangan yang terdiri daripada makanan segera, malah makanan tersebut disukai oleh seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Seterusnya, makanan tempatan mendapat persaingan sengit dari barat kerana kebanyakkan makanan segera berasal dari barat. Mereka juga menganggap bahawa makanan dari barat lebih berkhasiat daripada makanan tempatan. Menurut kajian Profesor Greenwood dari Universiti Toronto menunjukkan bahawa makanan dari barat terutamanya kentang goreng, mi segera dan sebagainya, mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk perkembangan otak manusia. Selain itu, cara pembungkusan makanan tempatan kurang menarik perhatian berbanding pembungkusan makanan barat. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan Industri Kecil dan Sederhana sebagai alternatif untuk mengurangkan kadar import makanan segera dari barat yang tidak diketahui kandungan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Oleh itu, kita haruslah menyokong Industri Kecil dan Sederhana dalam usahah untuk menghidupkan kembali makanan tempatan yang semakin dipinggirkan.
Benarlah seperti telahan orang tua-tua, “jangan ambil senang jika tidak mahu susah” . Inilah musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan mudah termasuk dalam hal makan minum. Oleh itu, semua pihak perlu menyedari akan keburukan pengambilan makanan segera terhadap kesihatan tubuh badan. Penekanan dalam mendidik anak-anak daripada ibu bapa adalah wajar bagi menggalakkan anak-anak mengambil makanan yang seimbang dan sihat. Bukan itu sahaja, pengguan perlu mengetahui kandungan nutrisi dan kombinasi bahan yang digunakan dalam makanan. Sebagai pengguna yang bijak kita haruslah mengamalkan budaya membaca label sebelum membeli sesuatu makanan untuk memastikan makanan yang dipilih berkhasiat dan berkualiti tiggi. Kementerian tidak seharusnya mengharamkkan pengiklanan makanan segera tetapi dilakukan secara poduktif dan inovatif. Media massa perlulah mengiklankan makanan segera atau snek yang berkhasiat sahaja dan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan haruslah disekat secara berterusan.