Dalam arus kemodenan yang semakin memuncak, isu kesihatan
tidak harus diketepikan oleh masyarakat. Penjagaan kesihatan kendiri seharusnya
menjadi tonggak utama dalam kehidupan seharian perlu diberi perhatian oleh
semua pihak. Malangnya, keghairahan manusia mengejar kemajuan sehingga
mengabaikan isu – isu penyakit berjangkit di dalam negara ini. Tidak dapat
dinafikan bahawa kini masyarakat sejagat telah dihantui penularan penyakit
berjangkit, iaitu COVID-19. Sebagai langkah untuk mencegah penularan penyakit
tersebut, pihak kerjaaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Oleh
itu, rakyat digalakkan untuk menerima suntikan vaksin untuk mengurangkan risiko
kemautan daripada penyakit tersebut. Hal ini telah membuahkan hasil apabila
bilangan kes positif COVID-19 semakin menurun di Malaysia. Sebelum mengambil
tindakan untuk membasmikan penyakit berjangkit, punca berlakunya penularan
wabak penyakit berjangkit haruslah dikenal pasti. Persoalan yang berlegar-legar
dalam gawang minda saya ialah apakah punca dan kesan yang boleh berlaku
disebabkan penularan wabak penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat di
Malaysia?
Punca perdana berlakunya penularan wabak penyakit berjangkit
ialah sikap sesetengah rakyat yang tidak mematuhi Prosedur Operasi
Standard(SOP). Hal ini dikatakan demikian kerana SOP diperkenalkan sebagai
panduan asas untuk mencegah penularan penyakit berjangkit. Misalnya, terdapat
sebahagian rakyat tidak suka memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.
Terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang tidak mengamalkan penjarakan
sosial dan menyebabkan sesuatu tempat dalam keadaan berhimpit-himpit.
Sesungguhnya, penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan Influenza boleh ditular
melalui titisan air dan angin. Sekiranya rakyat tidak mematuhi SOP, sudah tentu
akan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit tersebt. Tuntasnya, sikap umpama
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan oleh
masyarakat untuk mematuhi SOP.
Selanjutnya, keadaan pesakit penyakit berjangkit yang tidak
dikuarantin turut menyumbang kepada penularan wabak penyakit berjangkit. Hal
ini dikatakan demikian kerana pesakit yang tidak dikuarantin akan menular
penyakit berjangkit kepada orang lain ketika berada di luar. Contohnya,
terdapat beberapa pesakit yang tidak mematuhi peraturan untuk keluar dari rumah
walaupun dijangkiti penyakit berjangkit atau memilik simptom-simptom yang
disyaki merupakan penyakit berjangkit. Perbuatan mereka tentulah akan membawa
penyakit berjangkit ke tempat yang lain. Hal ini akan menimbulkan lebih banyak
kluster wabak penyakit berjangkit di negara kita. Tegasnya, sesiapa yang
disyaki menghidapi penyakit berjangkit tetapi tidak dikuarantin akan
menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit.
Kebersihan asas kesihatan. Sesungguhnya, penyakit berjangkit
seperti malaria, denggi dan zika boleh menular jika sesuatu tempat adalah kotor
dan dilimpahi sampah sarap. Hal ini dikatakan demikian kerana keadaan kekotoran
dan timbunan sampah sarap boleh menjadi tempat pembiakan haiwan yang berpotensi
membawa penyakit berjangkit berjenis vektor. Misalnya, timbunan sampah boleh
menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Hal ini sudah tentu
akan mengakibatkan kes penyakit demam denggi di tempat tersebut. Selagi
aktiviti gotong-royong tidak sentiasa dijalankan, penyakit berjangkit akan
mudah merebak. Tuntasnya, penularan penyakit berjangkit disebabkan oleh keadaan
yang tidak bersih.
Intihanya, penularan wabak penyakit berjangkit banyak
memberikan penderitaan kepada rakyat di Malaysia. Bak kata
peribahasa,"mencegah lebih baik daripada mengubati". Lantaran itu,
semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mencegah dan
membasmikan penyakit berjangkit kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. William Shakespeare pernah berkata bahawa, "jangan hentikan usaha
yang mulia selagi hasilnya belum dikecapi". Oleh itu, usaha yang padu
daripada semua pihak adalah diperlukan supaya usaha sebelum ini tidak umpama
mencurah air ke daun keladi. Sehubungan dengan itu, negara kita dapat bebas
daripada penularan wabak penyakit berjangkit. Tiada ubat yang tiada penawarnya,
maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan
secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
No comments:
Post a Comment