selamat datang

Selamat Datang Ke Blog Kami Semoga Bermanfaat Penulisan Yang Kami Kongsikan Di Blog Ini.

Thursday 26 August 2021

TINDAKAN IBU BAPA UNTUK MENGELAKKAN PENYALAHGUNAAN LAMAN SOSIAL DALAM KALANGAN KANAK - KANAK

     Pada era globalisasi ini, media sosial merupakan salah satu medium perhubungan dan penyebaran maklumat serta menjadikan tarikan dalam setiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja masa kini. Di dada - dada akhbar tempatan terutamanya seperti Berita Harian sering mengutarakan rencana berkaitan implikasi negatif media sosial kepada penggunanya. Dalam sidang media baru - baru ini, Perdana Menteri Malasyia yang keenam, Yang Amat berhormat Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengatakan bahawa ibu bapa sebagai ahli keluarga yang paling rapat dengan anak - anak perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak. Hal ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang dapat menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa yang akan datang. Persoalanya, apakah peranan setiap ahli keluarga dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak. 

Berakar umbi daripada persoalan tersebut, antara peranan ahli keluarga dalam menangani
implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak ialah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak - anak sejak mereka masih azali lagi. Hal ini amat signifikan kerana anak - anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Ibu bapa boleh mengajar dan mendidik anak - anak untuk membezakan antara perkata yang hak dan batil. Sebagai contohnya, ibu bapa menjelaskan pengaruh Barat yang disiarkan menerusi "Youtube" dan menjadi yang menjadi ikutan ramai tetapi bertentangan dengan nilai moral masyarakat Timur. Benarlah pepatah melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana ibu bapa perlu mendidik anak - anak dengan didikan agama sejak mereka kecil supaya mereka tidak terjerumus dengan gejala negatif berkaitan media sosial. Tuntasnya, didikan agama yang secukupnya merupakan salah satu peranan ahli keluarga iaitu ibu bapa untuk mengatasi implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak.

Dalam perspektif yang sama, ibu bapa perlulah mengehadkan tempoh anak - anak untuk melayari media sosial seperti 'Facebook', 'Twitter', dan 'Instagram' memerlukan penggunaan akses internet. Ibu bapa mempunyai hak untuk menyekat akses internet dan mengawal tempoh penggunaan agar anak - anak lebih menghargai masa. Sebagai tamsilnya, ibu bapa perlu menetapkan bahawa anak - anak hanya boleh menggunakan intenet sehingga pukul sepuluh malam kerana anak - anak perlu mendapatkan tidur yang berkualiti agar tidak mengganggu proses pembelajaran pada esok hari. Perkara ini persis peribahasa Melayu, berakit - rakit ke hulu , berenang - renang ketepian, bersakit - sakit dahulu bersenang - sennag kemudian agar mereka dapat manfaatkan daripada usaha mengehadkan penggunaan intternat yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Izharnya, tempoh untuk anak - anak melayari media sosial perlu dihadkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan implikasi negatif media sosial menular dalam diri anak - anak. 

Jika dilihat dari peranan ahli keluarga yang lain, kakak boleh menasihati dan membimbing adik menggunakan laman sosial secara berhemah. Hal ini demikian kerana kakak lebih mengetahui buruk baik media sosial dan tutur katanya lebih dipatuhi oleh adik. Kakak perlu memberi tahu adik mengenai bahana penyalahgunaan media sosial terhadap adik - adik dan menegur mereka. Hal ini akan menjadikan adik - adik lebih berdisiplin dan menggunakan media sosial secara efektif seperti melayari laman web yang berkaitan pendidikan di sekolah. Situasi ini persis peribahasa Melayu, bagaimana acuan , begitulah kuihnya kerana apa yang diajarkan kepada adik - adik, perkara itulah yang akan diturutinya. Tegasnya, peranan kakak dalam menangani implikasi negatif media sosial amatlah penting kerana kakak adalah orang yang paling rapat dalam keluarga. 



Dalam pada itu, seorang abang juga perlu memasang aplikasi yang boleh menyekat laman sesawang yang tidak befaedah. Hal ini supaya adik - adik mereka tidak mudah terdedah dengan unsur - unsur yang tidak elok. Uswahnya, abang memuat turun aplikasi gempur - organisasi yang boleh menyekat sebarang aplikasi negatif seperti didigames.com. Adik - adik akan terhindar daripada pengaruh negatif dalam media sosial dan terjebak dengan aktiviti jenayah siber. Oleh yang demikian, adik - adik akan lebih positif dalam kehidupan seharian sekali gus dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada negara dan agama. Izharnya, sebagai seorang abang yang bertanggungjawab perlulah mengambil satu inisiatif untuk menyekat laman sesawang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada adik -adik. 

Dalam pada itu, antara peranan ibu bapa dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak ialah ibu bapa mestilah mengawasi penggunaan media sosial anak - anak. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak - anak daripada melayari perkara yang tidak elok seperti melayari laman  pornografi. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah selalu memeriksa telefon pintar anak - anak supaya mereka tidak terlibat dengan perkara yang negatif yang boleh mengundang musibah. Tindakkan ini membolehkan ibu bapa mengelakk anak - anak daripada terpengaruh dengan perkara  yang negatif. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu mengawasi media sosial anak - anak supaya implikasi negatif media sosial dapat ditangani. 

Konklusinya, keluarga memainkan peranan yang penting untuk menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan guru pertama anak - anak di dunia. Hal ini supaya generasi yang akan datang lebih bermoral dan berwawasan dapat dilahirkan jika tidak terpengaruh dengan implikasi negatif media sosial  yang akan menaikkan dan mengharumkan nama negara. Perkara ini persis peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh yang demikian, penggunaan media sosial perlu dikawal dan ditapis bahanya daripada perkara yang boleh menjerumuskan ke arah gejala negatif yang berkaitan media sosial.








No comments:

Post a Comment