selamat datang

Selamat Datang Ke Blog Kami Semoga Bermanfaat Penulisan Yang Kami Kongsikan Di Blog Ini.

Thursday, 4 November 2021

IKLAN JAWATAN KOSONG (PENGAMBILAN SELURUH MALAYSIA)

‼️JAWATAN KOSONG‼️ OPEN INTERVIEW -FINANCE ASSISTANT -FINANCE PARTNER ‼️FAEDAH‼️ -kenaikan gaji -latihan diberi -suasana kerja yang selesa -boleh bekerja dalam kumpulan Waktu kerja : 9.00am - 6.00pm Gaji tetap : RM2500 hingga RM3500 tidak termasuk komisyen (bergantung pada kelayakan) Waktu Bekerja: Isnin - jumaat Hari cuti: Sabtu & ahad !!CIRI - CIRI & KELAYAKAN!! -LELAKI & WANITA -BERUMUR dari 21tahun hingga ke 45 tahun -Minima SPM (5 SUBJEK LULUS) -ada transport sendiri -yang ada pengalaman di alu - alukan -yang betul betul nak bekerja sahaja!! Boleh emailkan kepada @fatinshafida22@gmail.com -resume terbaharu -sijil spm/skm/spmv/diploma -Ic front & back -Gambar berukuran pasport *PDF FORMAT

Wednesday, 1 September 2021

PENANDA WACANA

PERMULAAN PENULISAN 

*     =>  Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.

*      => Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

*      => Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

*      => Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

*      =>Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

*      => Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.

*     => Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

*      => Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

*      => Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

*      => Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

*      => Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan . 

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

U/   · Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

· Kita dapat menyaksikan betapa…

· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…

· Lazimnya, dalam keadaan …

· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …

· Pada hemat saya …

· Pada pandangan saya …

· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …

· Sebagaimana yang kita ketahui

· Sebagaimana yang kita maklumi

· Sejak awal lagi

· Sejak kebelakangan ini

· Selain itu, pada masa ini juga

· Seperti yang telah dinyatakan

· Umum mengetahui bahawa

· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

·      *  Bagi sesetengah orang …

·       * Begitu juga dengan …

·       * Begitu juga halnya dengan …

·       * Bertitik tolak daripada itu …

·       * Bukan itu sahaja …

·       * Dalam hal ini …

·       * Dalam konteks ini ..

·       * Dalam zaman yang serba canggih ini …

·       * Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …

·       * Dengan adanya …

·       * Dengan berbuat demikian …

·       * Dengan perkataan lain ..

·       * Disebabkan hal itu

·       * Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

·       * Hal ini berlaku disebabkan

·       * Hal ini penting dalam

·       * Hal ini serupa dengan

·       * Hal yang serupa berlaku apabila

·       * Ini disebabkan

·       * Ini membuktikan bahawa

·       * Ini menggambarkan bahawa

·       * Ini secara tidak langsung akan

·       * Ini semua meninggalkan kesan kerana

·       * Ini tentu sekali membuatkan

·       * Jadi kita perlu

·       * Jadi kita hendaklah

·       * Keadaan ini tentunya

·       * Lantaran itu sehingga kini

·       * Kesemua ini menyumbang kepada

·       * Kita mengakui hakikat bahawa

·       * Kita sering menonton di kaca televisyen

·       * Kita sering membaca di dada-dada akhbar

·       * Memandangkan keadaan yang sedemikian

·       * Namun sejak kebelakangan ini

·       * Oleh itu, bolehlah dikatakan

·       * Secara logiknya masa yang

·       * Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

·       * Keadaan ini seharusnya boleh

·       * Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

·       * Kendatipun demikian, kita masih

·       *Yang paling nyata ialah

·       * Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya

· Biar kita lihat

· Biar kita ambil contoh

· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

· Sebagai analoginya,

· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

·       - baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

·       - Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

·       - Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne

·       - Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

·      -  Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

·       - "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77

·      -  "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18

·       - Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

·       Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz

·      -  "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

·      -  "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz

·       - Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

·      -  Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

·       Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

·       - Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

·       - Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib

·       - Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

·      -  Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

·      -  Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)

·      -  Kekitaan yang erat tiada yang berat.

·      -  Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

·      -  Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR

·      -  Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

·      -  Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

·       - Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

 PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.









Thursday, 26 August 2021

TINDAKAN IBU BAPA UNTUK MENGELAKKAN PENYALAHGUNAAN LAMAN SOSIAL DALAM KALANGAN KANAK - KANAK

     Pada era globalisasi ini, media sosial merupakan salah satu medium perhubungan dan penyebaran maklumat serta menjadikan tarikan dalam setiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja masa kini. Di dada - dada akhbar tempatan terutamanya seperti Berita Harian sering mengutarakan rencana berkaitan implikasi negatif media sosial kepada penggunanya. Dalam sidang media baru - baru ini, Perdana Menteri Malasyia yang keenam, Yang Amat berhormat Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengatakan bahawa ibu bapa sebagai ahli keluarga yang paling rapat dengan anak - anak perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak. Hal ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang dapat menerajui pucuk kepimpinan negara pada masa yang akan datang. Persoalanya, apakah peranan setiap ahli keluarga dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak. 

Berakar umbi daripada persoalan tersebut, antara peranan ahli keluarga dalam menangani
implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak ialah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak - anak sejak mereka masih azali lagi. Hal ini amat signifikan kerana anak - anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Ibu bapa boleh mengajar dan mendidik anak - anak untuk membezakan antara perkata yang hak dan batil. Sebagai contohnya, ibu bapa menjelaskan pengaruh Barat yang disiarkan menerusi "Youtube" dan menjadi yang menjadi ikutan ramai tetapi bertentangan dengan nilai moral masyarakat Timur. Benarlah pepatah melayu ada menyatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana ibu bapa perlu mendidik anak - anak dengan didikan agama sejak mereka kecil supaya mereka tidak terjerumus dengan gejala negatif berkaitan media sosial. Tuntasnya, didikan agama yang secukupnya merupakan salah satu peranan ahli keluarga iaitu ibu bapa untuk mengatasi implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak.

Dalam perspektif yang sama, ibu bapa perlulah mengehadkan tempoh anak - anak untuk melayari media sosial seperti 'Facebook', 'Twitter', dan 'Instagram' memerlukan penggunaan akses internet. Ibu bapa mempunyai hak untuk menyekat akses internet dan mengawal tempoh penggunaan agar anak - anak lebih menghargai masa. Sebagai tamsilnya, ibu bapa perlu menetapkan bahawa anak - anak hanya boleh menggunakan intenet sehingga pukul sepuluh malam kerana anak - anak perlu mendapatkan tidur yang berkualiti agar tidak mengganggu proses pembelajaran pada esok hari. Perkara ini persis peribahasa Melayu, berakit - rakit ke hulu , berenang - renang ketepian, bersakit - sakit dahulu bersenang - sennag kemudian agar mereka dapat manfaatkan daripada usaha mengehadkan penggunaan intternat yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Izharnya, tempoh untuk anak - anak melayari media sosial perlu dihadkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan implikasi negatif media sosial menular dalam diri anak - anak. 

Jika dilihat dari peranan ahli keluarga yang lain, kakak boleh menasihati dan membimbing adik menggunakan laman sosial secara berhemah. Hal ini demikian kerana kakak lebih mengetahui buruk baik media sosial dan tutur katanya lebih dipatuhi oleh adik. Kakak perlu memberi tahu adik mengenai bahana penyalahgunaan media sosial terhadap adik - adik dan menegur mereka. Hal ini akan menjadikan adik - adik lebih berdisiplin dan menggunakan media sosial secara efektif seperti melayari laman web yang berkaitan pendidikan di sekolah. Situasi ini persis peribahasa Melayu, bagaimana acuan , begitulah kuihnya kerana apa yang diajarkan kepada adik - adik, perkara itulah yang akan diturutinya. Tegasnya, peranan kakak dalam menangani implikasi negatif media sosial amatlah penting kerana kakak adalah orang yang paling rapat dalam keluarga. 



Dalam pada itu, seorang abang juga perlu memasang aplikasi yang boleh menyekat laman sesawang yang tidak befaedah. Hal ini supaya adik - adik mereka tidak mudah terdedah dengan unsur - unsur yang tidak elok. Uswahnya, abang memuat turun aplikasi gempur - organisasi yang boleh menyekat sebarang aplikasi negatif seperti didigames.com. Adik - adik akan terhindar daripada pengaruh negatif dalam media sosial dan terjebak dengan aktiviti jenayah siber. Oleh yang demikian, adik - adik akan lebih positif dalam kehidupan seharian sekali gus dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada negara dan agama. Izharnya, sebagai seorang abang yang bertanggungjawab perlulah mengambil satu inisiatif untuk menyekat laman sesawang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada adik -adik. 

Dalam pada itu, antara peranan ibu bapa dalam menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak ialah ibu bapa mestilah mengawasi penggunaan media sosial anak - anak. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan anak - anak daripada melayari perkara yang tidak elok seperti melayari laman  pornografi. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah selalu memeriksa telefon pintar anak - anak supaya mereka tidak terlibat dengan perkara yang negatif yang boleh mengundang musibah. Tindakkan ini membolehkan ibu bapa mengelakk anak - anak daripada terpengaruh dengan perkara  yang negatif. Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu mengawasi media sosial anak - anak supaya implikasi negatif media sosial dapat ditangani. 

Konklusinya, keluarga memainkan peranan yang penting untuk menangani implikasi negatif media sosial dalam kalangan anak - anak. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan guru pertama anak - anak di dunia. Hal ini supaya generasi yang akan datang lebih bermoral dan berwawasan dapat dilahirkan jika tidak terpengaruh dengan implikasi negatif media sosial  yang akan menaikkan dan mengharumkan nama negara. Perkara ini persis peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh yang demikian, penggunaan media sosial perlu dikawal dan ditapis bahanya daripada perkara yang boleh menjerumuskan ke arah gejala negatif yang berkaitan media sosial.








FAEDAH BELAJAR SECARA BERKUMPULAN ( UPSR )


Setiap pelajar mempunyai kaedah belajar yang tesendiri. Setiap murid perlu memilih kaedah dan teknik belajar yang paling efektif dan mudah.


Para pelajar mudah mendapati pelajaran secara berkumpulan. Pelajar yang lemah dalam sesuatu subjek boleh meminta bantuan daripada rakan - rakan yang lebih bijak. Mereka juga dapat mengetahui maklumat dengan lebih cepat.


Selain itu, belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana yang lebih menyeronokkan.


Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga dapat mengurangkan kos pembelian bahan bacaan dan latihan. Pelajar juga boleh berkongsi buku rujukan bersama - sama.
Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri. Ini dapat mewujudkan pesaingan yang sihat dalam kalangan pelajar. ia juga dapat meningkatkan motivasi untuk belajar bagi murid - murid.


Akhirnya, aktiviti belajar secara berkumpulan perlu dilaksanakan dengan terancang dan teratur. Murid - murid perlu berdisiplin dan berusaha dengan bersungguh - sungguh untuk mencapai tujuan belajar.

Tuesday, 24 August 2021

LANGKAH - LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN GENERASI BARU

 Dalam meniti arus kemodenan ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak  mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru itu, wajarlah kita untuk tidak menjadi "duri dalam daging" yang akan menjejaskan keharmonian negara 

Oleh itu, terdapat banyak langkah - langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita,. Antaranya ialah dengan memupuk semangat perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi. Justeru itu, perkara ini dapat membentuk semangat patriotik di  dalam diri pelajar, bak kata pepatah melayu " melentur buluh biar dari rebungnya". Antaranya adalah seperti, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah, kuiz kemerdekaan dan Nyanyian Lagu Negaraku dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik ini dipupuk sejak kecil lagi, sudah tentulah semangat patriotik ini akan kekal dan terus diamalkan  hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini sangatlah penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang cintakan tanah air dan mengelakkan daripada melakukan perkara - perkara yang akan memburukkan imej negara kita. 

Sementara itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam menanamkan semangat patriotik dalam sanubari anak - anak agar mereka tidak terpengaruh dengan anasir luar. Ibu bapa juga perlu menjadi contoh teladan yang  baik kepada anak - anak. Lain daripada itu, ibu bapa juga perlu menanamkan kesedaran kepada anak - anak betapa pentingnya memelihara kadaulatan dan kemerdekaan negara sejak mereka masih kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa mesti mengibarkan jalur gemilang bersama anak - anak ketika sambutan kemerdekaan. Ibu bapa perlulah membawa anak - anak melawat tempat - tempat tinggalan sejarah agar mereka mengetahui kesan - kesan tinggalan sejarah di negara kita. Oleh itu, anak - anak akan mendapat pendedahan awal dan kesedaran tentang betapa pentingnya semangat cintakan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil lagi. 

Di Samping itu, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan perlulah bertanggungjawab dalam menjalankan kempen secara besar - besaran melalui media massa dan pada masa kini. Dalam pada itu, kempen - kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia, di samping media elektronik seperti radio dan televisyen sangatlah berkesan dalam menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Dengan perkataan lain, pihak penyiaran televisyen dan radio perlulah menyiarkan program atau rancangan yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rancangan tentang pejuang - pejuang kemerdekaan negara. Selain itu, media elektronik juga perlulah menayangkan filem - filem yang berunsurkan patriotik, contohnya, "Bukit Kepong", "Leftenan Adnan" dan drama - drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan tanah air.  Jelaslah bahawa, semangat patriotik juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. 

Seterusnya, agensi - agensi kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti - aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Aktiviti - aktiviti ini boleh dijalankan di kampung - kampung dan juga kawasan perumahan. Dengan itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlu  digalakkan. Jabatan penyiaran atau stesen televisyen perlulah mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh - tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan njuga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan pada suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum malahan dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. 

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin - pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu , anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin - pemimpin yang memiliki semangat patriotik yang tinggi.Para pemimpin perlulah mengingatkan dan menenkankan kepentingan menghargai kemerdekaan terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana , kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah  dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila - bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar dipertahankan dan tidak akan memberi makna lagi kepada generasi akan datang. 

Kesimpulannya, usaha - usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Indivivdu yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan yang cepat, setanding dengan negara - negara yang maju.Sekiranya emangat patriotik tidak dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan tanah air dan menyebabkan identiti mereka hilang. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan memainkan peranan masing - masing agar semangat patriotik dapat disemai dan dan disuburkan dalam diri setiap kalangan masyarakat di negara kita. 


Saturday, 4 January 2020

CARA-CARA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN

Tidak dapat dinafikan lagi pasti semua pelajar ingin cemerlang dalam peperiksaan. Mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan sebenarnya mudah sekiranya pelajar itu mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Pada zaman globalisasi yang bergerak pantas bagai belut diketil ekornya, masih ada segelintir pelajar yang lebih sukakan hiburan dan keseronokan berbanding pelajaran. Mereka memandang remeh terhadap prestasipeperiksaan mereka malah mereka tidak sedarkeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mampu memberikan masa depan yang cerah kepada mereka. Pelajar kian lupa pada pesan orang tua-tua “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna”. Persoalannya, apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan?

          Antara cara untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah dengan memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Memberi tumpuan ketika guru mengajar dapat membantu pelajar untuk memahami apa yang dipelajari dengan mudah. Seorang pakar psykologi ada mengatakan bahawa lima puluh peratus yang difahami adalah dengan kaedah memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika guru mengajar. Pemberian tumpuan yang sepenuhnya juga dapat memudahkan pelajar itu bertanya jika tidak faham apa yang diajarkan seperti pepatah malu bertanya sesat jalan. Kesimpulannya, memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar dapat membantu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

          Selain itu, sebagai seorang pelajar kita seharusnya menyediakan jadual belajar sendiri. Jadual belajar dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik dan memberikan disiplin kepada pelajar. Dengan adanya jadual belajar dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa masa itu emas dan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk belajar. Pada hari persekolahan jadual waktu seeloknya dimulakan pada waktu petang selepas pulang dari sekolah dan pada sebelah malam sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Hal ini dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran yang dipelajari dengan teratur. Seterusnya, pada hujung minggu atau pada hari cuti seeloknya jadual ulangkaji dimulakan seawall pagi iaitu seusai solat subuh. Hal ini dapat membantu para pelajar agar mudah menghafal sesuatu perkara. Kesimpulannya, dengan adanya jadual belajar lebih mendisiplikan pelajar agar menghargai masa sebaiknya.

          Di samping itu, pelajar boleh jadikan guru sebagai sumber rujukan kepada mereka. Guru merupakan orang yang lebih terlatih dan lebih banyak ilmu yang dapat guru kongsikan. Sekiranya tudak memahami sesuatu mata pelajaran berjumpa dengan guru dan bertanya kepada guru kerana malu bertanya sesat jalan. Selain itu, pelajar sewajarnya berbaik dengan guru kerana jika para pelajar desenangi oleh guru, ilmu yang dipelajari melalui guru tersebut mudah diperolehi kerana sentiasa diredhai ilmunya kepada para pelajar. Kesimpulannya, hargailah guru yang mengajar kera guru ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi anak-anak muridnya.

          Seterusnya wujudkan kumpulan belajar iaitu ‘study group’ dengan rakan-rakan. Study group akan membantu pelajar agar belajar secara mudah dan difahami. Apada abad ke 21 ini pelbagai gajet telah wujud dan patut dimanfaatkan oleh pelajar untuk melalukan study group melalui laman sesawang contohnya e-talk.  Belajar secara berkumpulan ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat masing-masing tentang jawapamn yang diperoleh. Dengan cara ini dapat memudahkan lagi proses pembelajaran kerana setiap tugasan ini diagihkan sama rata. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada stress belajar seorang diri. Belajar secara berkumpulan dapat meringankan beban pelajar dan lebih menyeronokkan seperti pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing . kesimpulannya, kejayaan akan diperoleh sekiranya berkongsi ilmu dengan rakan yang lain kerana dengan kaedah menerangkan kepada rakan mengenai hal yang telah kit abaca dan faham akan menyebabkan kita lebih ingat.

          Selain itu, sebagai pelajar sewajarnya banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah. Bahan-bahan ilmiah akan banyak membantu kita sewaktu peperiksaan. Hal ini kerana disekolah-sekolah pelajar banyak didedahkan dengan soalan-soalan KBAT. Bukan sahaja soalan-soalan yang diberikan oleh guru, malah soalan peperiksaan SPM pada abat ini sudah lapan puluh peratus terdiri daripada soalan KBAT. Oleh itu dengan banyak membaca bahan ilmiah akan menjadikan diri seseorang pelajar itu lebih matang. Dengan pendedahan terhadap bahan ilmiah yang banyak pelajar, dapat membezakan perkara-perkara positif dan perkara negative. Para pelajar dapat menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. “membaca amalan mulia” sebagai pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan perlu banyak membaca seperti pepatah serapang dua mata.

          Kesimpulannya, sebagai pelajar kecemerlangan dalam peperiksaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan seperti pepatah genggam bara biarlah hingga menjadi arang

Monday, 22 July 2019

Semangat Kejiranan


            Dalam meniti arus kemodenan ini, institusi kejiranan dalam kalangan masyarakat kita hari ini semakin pudar ditelan zaman. Hal ini kerana kesibukan masyarakat kita pada hari ini yang bertungkus-lumus bekerja untuk mendapatkan pendapatan demi menyara keluarga masing-masing. Tambahan pula kos sara hidup yang tinggi di abad ini menjadikan masyarakat kini mengambil lebih masa dalam bekerja supaya mendapat pendapatan tambahan yang lebih. Hal ini menyebabkan masyarakat hari ini tidak lagi mementingkan hubungan yang erat antara jiran di sekeliling mereka, malah ada juga masyarakat kita yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal bersebelahan rumah sahaja. Oleh itu, terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan oleh masyarakat kini untuk mewujudkan hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Justeru dapatlah mengangkat slogan “jiran sepakat membawa berkat”.

            Antara cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita ialah dengan mengadakan gotong-royong dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini, supaya masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar atau taman perumahan dapat mengamalkan budaya seperti yang diamalkan di kawasan kampung. Sekiranya melakukan amalan gotong-royong masyarakat dapat mengenali jiran tetangga masing-masing dan bekerjasama dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh masyarakat dapat saling bantu membantu terutamanya dalam mengadakan kenduri kecil-kecilan. Oleh itu jiran dapat saling meringankan beban jiran yang lain seperti pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Kesannya jiran dapat menjayakan sesuatu majlis dengan lebih mudah. Hal ini jelaslah dengan mengamalkan cara bergotong-royong dapat menyemarakkan kembali semangat kejiranan.

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga penting untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat kita yang hidup berjiran. Rumah terbuka dapat mengumpilkan ramai jiran tertangga daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini membolehkan kita mengenali adat dan budaya  pelbagai kaum. Sebagai contoh sekiranya kita berbual dengan jiran yang berbeza agama dan budaya dari kita, kita daat menambah ilmu pegetahuan mengenai pelbagai budaya. Justeru perkara itu dapat mengangkat darjat kita sebagai seorang yang yang berilmu pengetahuan luas dan bertamadun kerana seorang yang brilmu pengetahuan luas dan bertamadun kerana bijak dalam mengetahui pelbagai budaya di negara kita.

            Seterusnya, masyarakat perlu mempraktikkan budaya ziarah menziarahi supaya menunjukkan bahawa tiaad sikap mementingkan diri sendiri dalam diri seseorang jiran agar dapat menjadi contoh kepada jiran-jiran yang lain bagi memiliki sikap ego dan angkuh dalam diri mereka. Sebagai contoh, kita perlu menzirahi jiran tetangga kita sekiranya mereka ditimpa musibah seperti sakit ataupun berlaku kematian ahli keluarga mereka, jadi dengan kehadiran kita dapat memberikan kata-kata semangat serta menenangkan jiwa mereka. Kesannya, jiran akan merasa dirinya masih memiliki tempat untuk bengantung sekiranya kita melakukan demikian. Hal ini kerana dalam kehidupan berjiran, kita perlulah mengamalkan sikap yang ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Oleh itu jelaslah bahawa dengan mengamalkan amalan ziarah-menziarahi, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

            Di samping itu, cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita dapat dilakukan dengan cara menghormati adat resam dan  budaya kaum lain supaya tidak berlaku konflik dan perselisihan faham antara jiran tetangga iaitu dengan mengenali dan mempelajari budaya dan adat resam kaum lain. Kita dapat menjalani kehidupan berjiran dengan jiran yang pelbagai budaya dengan aman dan harmoni. Contohnya, sekiranya kita mengetahui cara hidup kaum lain, kita dapat mengelakkan daripada melakukan sesuatu perkara yang dianggap sensitive di kalangan jiran yang pelbagai budaya itu. Kesannya, semangat kejiranan di negara kita dapat diperkukuhkan. Oleh itu jelaslah bahawa dengan menghormati adat resam dan budaya kaum lain kita dapat mengukuhkan semangat kejiranan.

            Akhir sekali, kita sewajarnya meluangkan lebih masa bersama-sama jiran terutamanya pada hari minggu bagi mengeratkan lagi hubungan sesama jiran. Kita dapat melancong bersama jiran didalam negara mahupun di luar negara. Sebagai contoh, sekiranya kita melancong bersama-sama jiran tetangga, kita dapat meluangkan masa untuk berbual, berbincang tentang urusan pekerjaan masing-masing serta mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Oleh itu, jiran yang rapat juga membolehkan asakita meminta tolong disaat dalam kesusahan tanpa berasa segan silu kerana telah mengenali secara mendalam hati budi jiran kita. Dengan ini, jelaslah bahawa dengan meluangkan lebih masa bersama jiran tetangga dapat memberi manfaat kepada kita.

            Konklusinya, cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita bukanlah suatu yang sukar, namun sikap individualistik  dan materialistik dalam diri masing-masing perlulah dibunag supaya hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang sentiasa aman,harmoni dan sejahtera dapat dicapai. Oleh itu, langkah-langkah tersebut perlulah dipraktikkan supaya mendapat manfaat sebagaimana yang dikehendaki umun. Seperti pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Friday, 19 July 2019

Contoh Pendahuluan: Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak

Pada zaman pasca kemerdekaan ini, budaya membaca kurang dipraktikkan oleh generasi muda. (ISI) Anatara puncanya ialah pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan serba moden ini. (SEBAB) Natijahnya, generasi muda kurang ilmu pengetahuan. Buktinya, golongan remaja kurang cemerlang dalam pelajaran di sekolah. (BUKTI) Sebagai tonsilnya, apabila keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM diumumkan, pencapaian akademik tidak memuaskan atau belum mencapai prestasi yang membanggakan. (CONTOH) Hal ini, perlu ditanggani secara bijaksana oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. (UNGKAPAN) Persoalannya apakah peranan ibu bapa dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.

Thursday, 18 July 2019

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Sahsiah Anak - Anak

Dalam meniti arus kemodenan yang penuh dengan pelbagai cabaran ini, dapat kita fokuskan kepada aktiviti gejala sosial semakin hari berleluasa dan merunsingkan. Seterusnya, dapat kita lihat kes-kes gejala sosial pada keratan akhbar malah ia disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja.Menyedari hakikat perkara itu, pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan yang berlaku terutamanya berkaitan dengan gejala sosial ini. Sungguh malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti mencurah air ke daun keladi” kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka dalam usaha untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang tidak sihat ini.
                        Sememangnya terdapat pelbagai bentuk usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal atau mental serta tubuh anak-anak mereka. Jasmani merupakan satu elemen yang utama bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak –anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan fizikal anak-anak terjaga dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna?. Disini terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan oleh anak-anak bersama-sama ibu dan bapa. Contohnya, ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan lain lain. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan cergas minda cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan seperti ini dapat mengelakkan anak – anak daripada terjebak dengan aktiviti – aktiviti gejala sosial yang tidak memberi sebarang manfaat kepada anak – anak kita.
                           Selain itu, perana ibu bapa sangatlah penting dalam mengawal dan memberi perhatian terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut perkembangan diri serta perubahan persekitaran mereka.  Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia remaja. Perubahan emosi juga jelas ditunjukkan oleh remaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa kerana persis kata orang tua - tua  “alah bisa tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula, ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya dapat mengenali emosi anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi mereka. Dari sudut lain, ibu  bapa perlulah mempunyai hubungan yang akrab dengan anak – anak dengan menjadikan anak – anak sebagai kawan agar anak –anak mudah untuk berkongsi cerita ataupun meminta pandangan daripada ibu bapa.
                             Seterusnya, ibu bapa perlulah menerapkan ilmu agama kepada anak – anak agar rohani mereka tidak mudah dipengaruhi oleh hasutan gejala sosial yang semakin berleluasa. Tambahan pula, pada masa kini anak – anak lebih mudah mengikut kata kawan – kawan berbanding nasihat serta teguran ibu bapa. Sewajarnya ibu bapa perlu menerapkan ilmu fardhu ain dan fardhu khifayah kepada anak – anak supaya pengisian rohani anak – anak lebih kuat dan mantap dalam meniti arus globalisasi kini. Di samping itu, ibu bapa wajar membawa anak – anak ke masjid agar mereka dapat mendengar nasihat daripada alim ulama agar mereka dapat menilai diantara kaca dan permata. Ini dapat memupuk nilai cintakan agama di dalam diri anak – anak. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak – anak yang kian hari kian membesar bak kata cendiakawan “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Maka ibu bapa mestilah menunjukkan nilai yang baik kepada anak – anak.
                 Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.
                     Selain itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? .Kaedah yang paling asas adalah dengan mengajar anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak –anak akan dapat dibentuk dengan sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan mereka sebagai remaja yang yang beradab dan mempunyai pekerti budi yang tinggi.

                        Konklusinya, Malaysia merupakan negara yang indah di mata duia serta mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda kotemporari ini kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita janganlah menuding jari dan bersikap pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan kemusnahan dan kegelapan akibat ketidak prihatinan kita? Semestinya “tidak” jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti