selamat datang

Selamat Datang Ke Blog Kami Semoga Bermanfaat Penulisan Yang Kami Kongsikan Di Blog Ini.

Monday 22 July 2019

Semangat Kejiranan


            Dalam meniti arus kemodenan ini, institusi kejiranan dalam kalangan masyarakat kita hari ini semakin pudar ditelan zaman. Hal ini kerana kesibukan masyarakat kita pada hari ini yang bertungkus-lumus bekerja untuk mendapatkan pendapatan demi menyara keluarga masing-masing. Tambahan pula kos sara hidup yang tinggi di abad ini menjadikan masyarakat kini mengambil lebih masa dalam bekerja supaya mendapat pendapatan tambahan yang lebih. Hal ini menyebabkan masyarakat hari ini tidak lagi mementingkan hubungan yang erat antara jiran di sekeliling mereka, malah ada juga masyarakat kita yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal bersebelahan rumah sahaja. Oleh itu, terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan oleh masyarakat kini untuk mewujudkan hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Justeru dapatlah mengangkat slogan “jiran sepakat membawa berkat”.

            Antara cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita ialah dengan mengadakan gotong-royong dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini, supaya masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar atau taman perumahan dapat mengamalkan budaya seperti yang diamalkan di kawasan kampung. Sekiranya melakukan amalan gotong-royong masyarakat dapat mengenali jiran tetangga masing-masing dan bekerjasama dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh masyarakat dapat saling bantu membantu terutamanya dalam mengadakan kenduri kecil-kecilan. Oleh itu jiran dapat saling meringankan beban jiran yang lain seperti pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Kesannya jiran dapat menjayakan sesuatu majlis dengan lebih mudah. Hal ini jelaslah dengan mengamalkan cara bergotong-royong dapat menyemarakkan kembali semangat kejiranan.

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga penting untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat kita yang hidup berjiran. Rumah terbuka dapat mengumpilkan ramai jiran tertangga daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini membolehkan kita mengenali adat dan budaya  pelbagai kaum. Sebagai contoh sekiranya kita berbual dengan jiran yang berbeza agama dan budaya dari kita, kita daat menambah ilmu pegetahuan mengenai pelbagai budaya. Justeru perkara itu dapat mengangkat darjat kita sebagai seorang yang yang berilmu pengetahuan luas dan bertamadun kerana seorang yang brilmu pengetahuan luas dan bertamadun kerana bijak dalam mengetahui pelbagai budaya di negara kita.

            Seterusnya, masyarakat perlu mempraktikkan budaya ziarah menziarahi supaya menunjukkan bahawa tiaad sikap mementingkan diri sendiri dalam diri seseorang jiran agar dapat menjadi contoh kepada jiran-jiran yang lain bagi memiliki sikap ego dan angkuh dalam diri mereka. Sebagai contoh, kita perlu menzirahi jiran tetangga kita sekiranya mereka ditimpa musibah seperti sakit ataupun berlaku kematian ahli keluarga mereka, jadi dengan kehadiran kita dapat memberikan kata-kata semangat serta menenangkan jiwa mereka. Kesannya, jiran akan merasa dirinya masih memiliki tempat untuk bengantung sekiranya kita melakukan demikian. Hal ini kerana dalam kehidupan berjiran, kita perlulah mengamalkan sikap yang ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Oleh itu jelaslah bahawa dengan mengamalkan amalan ziarah-menziarahi, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

            Di samping itu, cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita dapat dilakukan dengan cara menghormati adat resam dan  budaya kaum lain supaya tidak berlaku konflik dan perselisihan faham antara jiran tetangga iaitu dengan mengenali dan mempelajari budaya dan adat resam kaum lain. Kita dapat menjalani kehidupan berjiran dengan jiran yang pelbagai budaya dengan aman dan harmoni. Contohnya, sekiranya kita mengetahui cara hidup kaum lain, kita dapat mengelakkan daripada melakukan sesuatu perkara yang dianggap sensitive di kalangan jiran yang pelbagai budaya itu. Kesannya, semangat kejiranan di negara kita dapat diperkukuhkan. Oleh itu jelaslah bahawa dengan menghormati adat resam dan budaya kaum lain kita dapat mengukuhkan semangat kejiranan.

            Akhir sekali, kita sewajarnya meluangkan lebih masa bersama-sama jiran terutamanya pada hari minggu bagi mengeratkan lagi hubungan sesama jiran. Kita dapat melancong bersama jiran didalam negara mahupun di luar negara. Sebagai contoh, sekiranya kita melancong bersama-sama jiran tetangga, kita dapat meluangkan masa untuk berbual, berbincang tentang urusan pekerjaan masing-masing serta mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Oleh itu, jiran yang rapat juga membolehkan asakita meminta tolong disaat dalam kesusahan tanpa berasa segan silu kerana telah mengenali secara mendalam hati budi jiran kita. Dengan ini, jelaslah bahawa dengan meluangkan lebih masa bersama jiran tetangga dapat memberi manfaat kepada kita.

            Konklusinya, cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita bukanlah suatu yang sukar, namun sikap individualistik  dan materialistik dalam diri masing-masing perlulah dibunag supaya hubungan yang erat antara jiran bagi mewujudkan negara yang sentiasa aman,harmoni dan sejahtera dapat dicapai. Oleh itu, langkah-langkah tersebut perlulah dipraktikkan supaya mendapat manfaat sebagaimana yang dikehendaki umun. Seperti pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

No comments:

Post a Comment