Pada pendapat
saya, sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa pentingnya hutan kepada
manusia yang pertama ialah kawasan tadahan air, yang kedua ialah bekalan
oksigen dan yang ketiga ialah keseimbangan suhu dan yang keempat ialah
hasil-hasil huta.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa
pentingnya hutan kepada manusia yang pertama ialah kawasan tadahan air. Hal ini
demikian kerana kawasan tadahan air perlu untuk mengekalkan keseimbangan bumi.
Contoh kawasan tadahan air ialah pokok yang mempunyai daun yang besar dan
lebar. Kesannya, kawasan tadahan air membolehkan tumbuhan hidup subur. Oleh
itu, kawasan tadahan air menjadi salah satu kepentingan hutan kepada manusia.
Tak tumbuh tak melata, tak sunguh
orang tak kata, bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang keduanya ialah
sebagai bekalan oksigen. Sebagai contoh, bekalan oksigen yang diperolehi
daripada tumbuh-tumbuhan. Kesannya, manusia akan mendapat bekalan oksigen untuk
bernafas. Jadi, bekalan oksigen merupakan salah satu daripada kepentingan hutan
kepada manusiadi bumi ini.
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa
pentingnya hutan kepada manusia yang ketiga ialah keseimbangan suhu. Hal ini
demikian kerana, tumbuh-tumbuhan yang hidup subur di dalam hutan dapat menyerap
haba dan memberikan kelembapan. Kesannya, manusia dan haiwan akan merasa
nyaman. Jadi, keseimbangan suhu juga salah satu kepentingan hutan kepada
manusia.
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan
lagi bahawa pentingnya hutan kepada manusia yang keempat ialah hasil hutan. Hal
ini demikian kerana, manusia dapat mengutip hasil hutan. Sebagai contoh
hasil-hasil hutan ialah batang pokok, kulit kayu dan sebagainya. Kesannya,
barang berasaskan tumbuhan dapat dihasilkan. Jadi, hasil-hasil hutan juga
merupakan satu daripada kepentingan hutan kepada manusia.
Kesimpulannya, pentingnya hutan
kepada manusia ialah kawasn tadahan air, bekalan oksigen, keseimbangan suhu dan
hasil-hasil hutan.
Its very helpful tq🥰
ReplyDeletesemoga bermanfaat
ReplyDelete