Dalam
mendapani era globalisasi yang kian memuncak dengan kemajuan demi kemajuan
dikecapi demi memenuhi kehendak pasaran industri 4.0. Segalanya tidaklah
seindah yang dikatakan pastinya terdapat beberapa perkara yang menjadi
permasalahan yang akan timbul dari pelbagai isu, Oleh itu, kita akan
membincangkan soal kesan makanan segera kepada ahli keluarga. Apabila ada ura-ura
untuk mencadangkan pengharaman iklan makanan segera dalam media massa sama ada
media cetak atau media elektronik oleh kementerian kesihatan, banyak pihak
memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan tersebut sudah tentu bersifat
positif dan negatif. Kebanyakkan pandangan negatif adalah berkaitan dengan
kesan negatif terhadap ahli keluarga yang mengamalkan pemakanan makanan segera
dalam kehidupan seharian. Makanan segera didefinisikan sebagai makanan yang
ringkas dan dapat disediakan dengan cepat. Antara contoh makanan segera ialah
ayam goreng, buger, pizza dan sebagainya. Malah, makanan segera tidak
mengandungi vitamin A yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin A untuk membina
sel-sel baharu dan baik untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat
membantu penghadaman tidak terdapat dalam makanan segera. Di samping itu,
keperluan kepada makanan segera semakin ketara pada hari ini kerana masyarakat
kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Hal ini kerana,
kesibukan dalam tugas seharian telah mendorong masyarakat untuk mengambil jalan
pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan
berkhasiat. Jika makanan segera dijadikan hidangan yang dinikmati
sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan tetapi pada hari ini pelbagai
jenis makanan segera dihasilkan atas kehendak pasaran. Dalam hal ini, institusi
kekeluargaan tersebut lupa bahawa kerosakan dan komplikasi yang berlaku apabila
terlalu banyak makan makanan segera. Persoalannya , apakah kesan-kesan pengambilan
makanan segera terhadap ahli keluarga? Persoalan besar ini perlu direnungkan
dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh.
Antara
implikasi pegambilan makanan segera ialah menyebabkan komplikasi kegemukan dan
obesiti. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementeriaan Kesihatan
Malaysia terdapat 25%-30% kanank-kanak di negara ini telah menghadapi masalah
kegemukan. Hal ini adalah berpunca daripada pengambilan makanan segera yang
mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi. Contohnya, ais krim, makanan
berasaskan marjerin dan minuman berkaronat di dalam tin. Pengambilan makanan
segera yang berlebihan menyebabakan pelbagai komplikasi penyakit. Contohnya,
komplikasi penyakit seperti diabetes, serangan jantung dan arthritis. Hal ini
disebabkan oleh pengambilan pengamakan gaya hidup yang tidak sihat, kurang
bersenam dan terdedah dengan makanan segera. Lampu Aladin tidak akan menyala
tanpa digosok, begitulah juga dengan ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang
sihat kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Anak-anak memerlukan zat-zat logam, susu, buah-buahhan,
sayur-sayuran dan vitamin E yang mencukupi bagi membekalkan tenaga dan dapat
menyihatkan tubuh badan. Selain itu, dalam mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika
di Anaheim melaporkan risiko remaja menghadapi sakit jantung daripada lebihan
lemak teou dan kolestrol yang terdapat dalam makanan segera adalah amat tinggi.
Natijahnya,dapat disimpulkan bahawa pengambilan makanan segera yang berlebihan
boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.
Tubuh
sewajarnya lebih sihat. Peribahasa pun ada meyatakan bahawa “otak yang cerdas
berada pada tubuh yang sihat”. Walau bagaimanapun kajian di Baycrest Centre di
Universiti Toronto, Kanada merumuskan bahawa makanan segera boleh membantuan
proses tumbesaran. Hal ini adalah disebabakan oleh nutrisi makanan yang diambil
tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan malah, kurang kandungan
protein dan kalsium boleh menyebabkan pembinaan otot dan tulang terganggu.
Selain itu, makanan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti perisa tambahhan
yang merencatkan pemikiran kanak-kanak. Mudasirnya, ia juga mampu menjejaskan
katahanan badan seseorang dan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Malah,
bahan kimia seperti karsinogen digunakan boleh menyebabkan pembentukan dan
perkembangan sel secara tidak terkawal. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan
dalam makanan segera boleh mengakibatkan kanser dan ketumbuhan pada otak.
Contohnya, kanak-kanak mengalami perubahan drastik dari segi fizikal dan mental
serta memberi impal secara makro dan mikro. Malah, pengambilan makanan segera
yang banyak boleh menggangu perembesan hormon. Bukan itu sahaja, makanan segera
juga tidak memberikan sebarang manfaat kepda manusia. Oleh itu, kita haruslah
mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, tetapi mengambil pemakanan
yang berkhasiat akan menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan. Sudah
terang lagi bersuluh makanan segera memberikan impak yang negatif kepada tubuh
badan dan kehidupan sehariaan.
Tak
kenal maka tak cinta. Peribahasa ini kian dilupakan begitu juga dengan makanan
tradisional di negara ini yang semakin dipinggirkan. Generasi muda kini tidak
pernah cuba untuk mengenal makanan tempatan seperti tempoyak dan cencalok.
Disebabkan oleh kesibukan bekerja menyebabkan ibu bapa lebih suka menyediakan
hidangan yang terdiri daripada makanan segera, malah makanan tersebut disukai
oleh seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Seterusnya, makanan tempatan
mendapat persaingan sengit dari barat kerana kebanyakkan makanan segera berasal
dari barat. Mereka juga menganggap bahawa makanan dari barat lebih berkhasiat
daripada makanan tempatan. Menurut kajian Profesor Greenwood dari Universiti
Toronto menunjukkan bahawa makanan dari barat terutamanya kentang goreng, mi segera
dan sebagainya, mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan
karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk
perkembangan otak manusia. Selain itu, cara pembungkusan makanan tempatan
kurang menarik perhatian berbanding pembungkusan makanan barat. Oleh itu,
kerajaan telah menubuhkan Industri Kecil dan Sederhana sebagai alternatif untuk
mengurangkan kadar import makanan segera dari barat yang tidak diketahui
kandungan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Oleh itu, kita haruslah
menyokong Industri Kecil dan Sederhana dalam usahah untuk menghidupkan kembali
makanan tempatan yang semakin dipinggirkan.
Benarlah
seperti telahan orang tua-tua, “jangan ambil senang jika tidak mahu susah” .
Inilah musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan mudah termasuk dalam
hal makan minum. Oleh itu, semua pihak perlu menyedari akan keburukan pengambilan
makanan segera terhadap kesihatan tubuh badan. Penekanan dalam mendidik
anak-anak daripada ibu bapa adalah wajar bagi menggalakkan anak-anak mengambil
makanan yang seimbang dan sihat. Bukan itu sahaja, pengguan perlu mengetahui
kandungan nutrisi dan kombinasi bahan yang digunakan dalam makanan. Sebagai pengguna
yang bijak kita haruslah mengamalkan budaya membaca label sebelum membeli
sesuatu makanan untuk memastikan makanan yang dipilih berkhasiat dan berkualiti
tiggi. Kementerian tidak seharusnya mengharamkkan pengiklanan makanan segera
tetapi dilakukan secara poduktif dan inovatif. Media massa perlulah
mengiklankan makanan segera atau snek yang berkhasiat sahaja dan makanan yang
tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan haruslah disekat secara berterusan.
No comments:
Post a Comment