Dewasa ini, amalan gaya hidup sihat saban hari kian
dilupakan. Namun begitu kerajaan juga telah mermperkenalkan gaya hidup sihat
dengan mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang mementingkan
kesejahteraan hidup. Contohnya, pelbagai kaedah kempen yang ditunjukkan
kerajaan seperti menyiarkan di kaca televisyen mengenai pelbagai aktiviti
seperti larian amal, berbasikal beramai-ramai dan banyak lagi. Oleh itu, saya
sentiasa menyahut seruan yang diberikan kerajaan demi menjadi individu yang
sihat. Hal ini kerana ada pepatah mengatakan otak yang cerdas datangnya
daripada badan yang sihat. Oleh itu, saya sentiasa melakukan amaalan gaya hidup
sihat yang wajar untuk memastikan kesihatan diri saya sentiasa terjaga.
Antara amalan wajar yang sentiasa dititikberatkan saya
adalah dari segi amalan pemakanan yang seimbang. Hal ini kerana makanan yang
kita makan setiap hari memainkan peranan yang penting dalam menentukan keadaan
kesihatan badan diri saya serta individu yang lain. Hal ini kerana makanan yang
mengandungi gula, garam dan sodium glutamen yang tinggi amat merbahaya kepada
kesihatan kerana sumber-sumber ini dapat mengubah keadaan hormon di dalam badan
seseorang, malah dapat merosakkan fungsi tubuh. Sebagai contoh adalah apabila
kita terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung kandungan gula yang
tinggi dan berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti kencing manis dan
diabetes mudah dijangkiti. Penyakit ini juga boleh menyebabkan seseorang itu
kehilangan anggota badan seperti kaki manupun tanngan. Kesan sampingan lain
yang akan dihadapi oleh individu itu ialah penderitaan di dalam hidaupnya
kerana tidak sempurna seperti biasanya. Oleh itu, kita perlulah sentiasa
menitikberatkan segala apa yang kita makan bagi mencegah diri daripada
terjadinya penyakit yang tidak di ingini. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih
baik daripada merawat. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan mengamalkan pemakanan
seimbang dapat kita cegah daripada penyakit merbahaya.
Sehubungan dengan itu, saya juga sentiasa melakukan
senaman ataupun riadah untuk mengekalkan tahap kesihatan yang memuaskan. Saya
sentiasa melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan melakukan
aktiviti seperti berjogging dan bermain futsal bersama rakan-rakan. Kesannya
badan saya akan mengeluarkan peluh yang mengandungi toksik dan bahan kumuhan
yang tidak diperlukn oleh tubuh dan hal ini membolehkan saya menjalani
kehidupan seharian dengan lebih selesa dan sempurna. Untuk mencapai kehidupan
sihat tidaklah sukar cuma memerlukan sedikit usaha kerana di mana ada kemahuan,
disitu ada jalan. Oleh itu, jelaslah bahawa bersenam dan beriadah dapat
menyihatkan tubuh badan kita.
Seterusnya, menjaga kebersihan tempat tinggal turut
penting kepada saya, hal ini kerana majoritinya masyarakat kita hari ini
memandang enteng terhadap kebersihan tempat tinggal. Namun hanya mementingkan kebersihan
diri dan makanan semata-mata. Keadaan kebersihan tempat tinggal di kawasan
kejiranan mestilah sentiasa dibersihkan supaya tidak menjadi habitat kepada
agen-agen perosak seperti nyamuk, tikus, lipas dan lalat. Sebagai contoh,
tayar-tayar yang terbiar dan plastik-plastik yang bertaburan perlulah
dibersihkan supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak. Kesannya kita dapat
mencegah daripada terkena serangan denggi yang amat berbaya. Pepatah ada
mengatakan mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu jelaslah bahawa
dengan menjaga kebersihan kita semua dapat mencegah daripada terkena pelbagai
penyakit merbahaya yang semestinya dikhwatiri ramai.
Di samping itu, tidur yang cukup juga sering saya amalkan
kerana tidur yang cukup amat penting dalam memastikan pertumbuhan seseorang
individu agar sentiasa terjamin. Saya sentiasa mengamalkan tidur 8 jam sehari
kerana tidur yang cukup juga dapat menjamin pemikiran yang positif dalam diri
setiap individu. Contohnya, sekiranya seseorang individu tidur dengan cukup dia
akan merasa selesa dan tenang dalam apa jua keadaan sekalipun mahupun pelbagai
masalah mendatang individu tersebut tetap dapat berhadapan dengan masalah
tersebut dengan baik dan waras.
Akhir sekali, saya sentiasa memastikan tahap kesihatan
saya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dengan membuat pemeriksaa
kesihatan secara berkala. Dengan menggunakan alatan dan mesin yang canggih di
hospital tahap kesihatan saya sentiasa dapat diperiksa dan dipantau dengan begitu
mudah. Contohnya, saya dapat menentukan kadar gula dalam darah. Kesannya saya
dapat menstabilkan semula kesihatan saya sekiranya ia mula terjejas. Hal ini
kerana sekiranya keadaan kesihatan saya telah merosot saya dapat
menstabilkannya kembali. Oleh itu jelaslah bahawa pentingnya membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala yang sekurang-kurangnya perlu dilakukan
pada setiap bulan.
No comments:
Post a Comment