Dalam
era globalisasi ini, kita dapat melihat keakraban antara ahli keluarga, jiran,
mahupun diantara kaum semakin renggang dalam kalangan masyarakat kita kini. Hal
ini berlaku disebabkan oleh kesibukan masyarakat dalam berusaha mencari nafkah
untuk menyara kehidupan masing-masing untuk meneruskan hidup di ear yang serba
moden dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Contohnya masyarakat kita akan
bekerja lebih daripada kebiasaannya bagi memperoleh kehidupan yang selea.
Peribahasa ada mengatakan bahawa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Namun demikian, hubungan antara masyarakat kini perlulah dieratkan
lagi dengan mengadakan majlis seperti rumah terbuka yang akan memberi banyak
kepentingan dan faedah kepada kita.
Antara kepentingan rumah terbuka
termasuklah dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di makaysia. Hal ini
kerana, rumah terbuka dapat mengembalikan keakraban antara keluarga, jiran
mahupun antara kaum kerana semua anggota ini dapat berkumpul dan beramah mesra
seperti saling mengenali antara jiran tertangga, berbual dan membincangkan
sesuatu perkara. Hal ini dapat menjadikan masyarakat kita masyarakat yang
saling berkerjasama. Bak kata perpatah,yang ringan sama dijinjing, yang berat
sama dipikul supaya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Hal ini
jelaslah bahawa dengan mengadakan rumah terbuka ia dapat memupik semangat
perpaduan antara kaum.
Selain itu, mengadakan rumah terbuka
juga penting dalam mempelajari adat dan budaya kaum lain. Dengan adanya rumah
terbuka kita dapat berbincang tentang pelbagai perkara termasuklah hal
demikian. Hal ini menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan luas
serta dipandang tinggi oleh kaum lain kerana kita bijak menghormati adat resam
dan budayamereka. Contohnya, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan
sesuatu yang agak sensitif bagi budaya lain. Kesannya kita dapat melahirkan
masyarakat yang menilai persefahaman yang tinggi mahupun berlainan bangsa untuk
menjadi seperti aur dan tebing.
Akhir sekali, hubungan silaturahim
juga dapat dieratkan sekiranya rumah terbuka diadakan di Negara kita. Hal ini
kerana masyarakat akan saling membantu sekiranya sesuatu jamuan mahupun rumah
terbuka akan diadakan. Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah penduduk
terutamanya disekitar kawasan kampung akan saling membantu dengan menghulurkan
tangan bagi meringan beban jirannya. Demikian jelaslah bahawa dengan mengadakan
rumah terbuka hubungan silaturahim antara masyarakat di Malaysia dapat
dieratkan.
Konklusinya, dengan mengadakan rumah
terbuka di Malaysia banyak kepentingan yang boleh kita perolehi. Dengan itu,
kita perlulah mengelakkan budaya atau amalan rumah terbuka ini agar segala
kepentingan dan kebaikannya dapat sama-sama
kita rasai. Oleh itu, disarankan agar kerjasama semua pihak sentiasa
diberikan untuk mengekalkan kepentingan kita bersama.
No comments:
Post a Comment