Keruntuhan
rumah tangga adalah disebabkan oleh konflik yang berlaku antara suami dan
isteri. Selain itu, hal ini berlaku disebabkan oleh pasangan suami isteri yang
tidak mempercayai antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan berlakunya
perselisihan faham antara suami dan juga isteri. Hal tersebut menjadi punca
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja iaitu anak-anak mereka. Persoalannya,
apakah factor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut? Bagi menjawab
persoalan diatas, saya akan membicangkan sebab-sebab berlakunya perkara
tersebut.
Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa punca keruntuhan akhlak mereka adalah disebabkan anak-anak kekurangan
kasih saying. Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa mereka bercerai, ibu bapa
akan membawa haluan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak rasa terabai
dan sunyi. Selain itu, anak-anak juga akan mencari alternative lain dengan
mendapatkan kasih saying daripada kekasi mereka. Mereka mungkin akan bergaul
tanpa menjaga batas pergaulan mereka malah kekasih yang diharapkan mungkin
boleh merosakkan masa depan mereka. Seperti pepatah “harapkan pagar, pagar
makan padi”.
Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa
penceraian antara suami dan isteri boleh merosakkan emosi anak-anak mereka kerana
anak-anak akan berasa terpinngir. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang tidak
meluangkan masa bersama-sama anak mereka. Seterusnya, anak-anak akan berasa
tertekan dengan masalah yang berlaku dan tertekan akan kekurangan yang dirasai.
Hal ini menyebabkan anak-anak kurang keyakinan diri apabila berbual dengan
rakan-rakan mengenai ibu bapa. Selain itu, anak-anak akan berasa murung dan hal
ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikan mereka. Oleh itu, ibu bapa
berperanan untuk mengawal ego masing-masing agar anak-anak tidak terjebak
dengan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa mereka.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata bahawa penceraiaan suami
isteri memberikan beban dan tekanan kepada anak-anak kerana pengurusan diri
mereka terabai. Hal ini kerana ibu bapa sibuk dengan hal masing-masing sehingga
pengurusan keperluan anak-anak mereka terabai. Di samping itu, rumah mereka
juga menjadi tidak terurus kerana tiada masa untuk menguruskan rumah dan
keperluan anak-anak. Hal ini menyebabkan anak-anak terpaksa menguruskan diri
sendiri dan adik-beradik yang lain pada usian muda. Oleh itu, ibu bapa perlulah
rasional agar tidak mengabaikan pengurusan keperluan anak-anak.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa
penceraian antara suami dan isteri berlaku disebabkan oleh pergaduhan.
Pergaduhan antara suami isteri memberi contoh yang tidak baik. Hal ini akan
menyeebabkan anak-anak terikut setiap perkara yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka. Hal ini akan memberikan impak kepada anak-anak mereka kerana apabila mereka
sudah dewasa, kemungkinan besar mereka akan mengulangi setiap perbuatan yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa “kemana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengelakkan
pergaduhan dihadapan anak-anak agar anak-anak tidak terkena tempias pergaduhan
itu.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
keruntuhan rumah tangga boleh menyebabkan ibu bapa itu sendiri bergaduh
mengenai hal dan hak penjagaan anak-anak. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak
berada dalam dilema kerana mereka tidak tahu sama ada mahu tinggal bersama ibu
ataupun bapa. Seterusnya hal ini juga boleh menyebabkan anak-anak tidak focus
dalam pelajaran mereka kerana pelajaran mereka akan terjejas disebabkan oleh
konflik yang berlaku anatara ibu dan dapa mereka. Hal ini akan menyebabkan
pelajaran anak-anak merosot kerana mereka terlalu memikirkan masa depan mereka
setelah ibu dan bapa mererka sudah berpisah kelak. Selain itu anak-anak juga
akan merasa bersalah dan tidak tahu membuat keputusan sama ada untuk memilih
tinggal bersama ibu atau bapa, ia seolah-olah “diluah mati mak ditelan mati
bapa”. Sebagai contoh jika mereka memilih untuk tinggal bersama bapa, bagaimana
pula dengan perasaan bapa mereka, hal ini akan menyebabkan anak-anak ini keliru
untuk membuat keputusan.
Konklusinya, sebagai remaja kita
perlulah mengawal emosi dan perasaan kita jika berada ataupun mengalami situasi
keruntuhan rumah tangga. Selain itu, kita haruslah sentiasa berfikir positif
dan secara rasional. Seterusnya, sebagai ibu bapa kita mestilah bijak dalam
mengawal situasi ketika berlakunya masalah antara suami dan isteri. Di samping
itu, ibu bapa juga mestilah mengelakkan pertelingkahan antara suami dan isteri
dihadapan anak-anak agak ianya tidak memberi impak yang besar terhadap
anak-anak. Oleh itu, kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain
agar tidak berlakunya perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan
seterusnya penceraiaan.
No comments:
Post a Comment