selamat datang

Selamat Datang Ke Blog Kami Semoga Bermanfaat Penulisan Yang Kami Kongsikan Di Blog Ini.

Monday, 15 July 2019

Karangan A- Faedah Koperasi Sekolah


Koperasi sekolah boleh didefinisikan sebagai pusat atau tempat yang memberikan perkhidmatan kepada warga di sekolah terutamanya berkaitan keperluan alat tulis. Penubuhan koperasi merupakan signifikan di sesebuah sekolah yang berfungsi untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar menjalani pembelajaran di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak faedah koperasi sekolah bukan hanya kepada murid-murid malah kepada kakitangan di sesebuah sekolah juga.

Antara faedah koperasi sekolah ialah warga sekolah dapat memperoleh harga murah berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Hal ini kerana koperasi sekolah yang ditubuhkan kebanyakkannya adalah bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan dan lahir dari keluarga yang miskin dan sederhana. Oleh itu, koperasi sekolah telah membantu pelajar untuk menjimatkan duit melalui perbelanjaan mereka di koperasi sekolah, dengan itu pelajar dapat menyimpan duit selebihnya sebagai tabungan mereka. Sebagai contoh, mereka akan membawa pulang baki duit yang lebih banyak sekiranya mereka berbelanja di koperasi sekolah berbanding berbelanja di kedai-kedai di luar sana. Demikian, pelajar akan menyukai amalan menabung karna mereka akan menyedari bahawa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan berbelanja di koperasi sekolah pelajar dan warga sekolah yang lain akan memperoleh harga yang murah dan menguntungkan diri mereka.

Selain itu, warga sekolah khususnya kepada pelajar, mereka akan mendapat ilmu perniagaan apabila berurusan dengan koperasi sekolah. Hal ini kerana, mereka dapat mengatur perbelanjaan mereka terlebih dahulu semasa hendak membeli barangan di koperasi berbanding sekiranya mereka membelli barangan di luar. Sebagai contoh, apabila membeli barangan di koperasi pelajar akan menilai harga barangan terlebih dahulu supaya tidak melebihi nilai wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka tetapi hal ini tidak akan berlaku sekiranya mereka berbelanja di kedai-kedai di luar sana bersama ibu bapa mereka kerana segala kos perbelanjaan akan dijelaskan oleh ibu bapa mereka. Faedah koperasi tersebut membolehkan pelajar mengaplikasikan perkara tersebut di dalam pelajaran juga terutamanya dalam subjek matematik, akaun mahupun ekonomoi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah banyak memberi faedah kepada warga sekolah dalam mendapatkan ilmu perniagaan.

Di samping itu, koperasi sekolah juga memberi faedah dalam memudahkan warga sekolah bagi mendapatrkan barangan dan perkhidmatan. Demikian kerana, koperasi sekolah tidak perlu membazirkan petrol ibu bapa pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang datang ke sekolah dengan dihantar ibu bapa  mereka tidak perlu bersusah payah menyuruh ibu bapa mereka ke kedai lain kerana keperluan yang dikehendaki sudah tersedia di koperasi sekolah. Justeru, pelajar dapat menjimatkan masa dan dapat datang awal ke sekolah sekiranya tidak singgah di mana-mana kedai bertujuan membeli barangan yang sudah ada di koperasi sekolah. Hal ini jelaslah bahawa koperasi sekolah berfaedah dalam memudahkan warga sekolah mendapatkan barangan dan perkhidmatan serta menjimatkan masa mereka kerana masa itu emas.

Konklusinya, faedah-faedah koperasi sekolah akan dapat dirasai sekiranya warga sekolah iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah yang lain berurusan dengan koperasi sekolah. Oleh itu kakitangan sekolah diseru agar memberi sambutan dan sokongan kepada koperasi sekolah yang ditubuhkan agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya, tambahan pula dapat menyumbangkan kepada pembangunan sekolah kita sendiri untuk menjadi sekolah yang maju.

53 comments:

  1. mohon izin kongsi karangan ini dengan murid - murid.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih meringankan beban saya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana saya dapat lebih banyak idea

    ReplyDelete
  4. karangan memang sangat susah bg saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe yg yg penting baca buku karangan n buat latihan karangn pstu srh cg periksa krngn

      Delete
  5. Nasib habaq kalau tidak tak tau

    ReplyDelete
  6. Minta kebenaran untuk rujukan . Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Ada pertindihan dgn kantin sekolah.pihak sekolah telah memberikan hak eksklusif penjualan makanan dan minuman kepada kantin sepertimana yang termaktub dalam perjanjian sewa kantin.malah sewa kantin juga ditetapkan berdasarkan bilangan murid/pelajar sekolah.

    Koperasi x boleh jual makanan/minuman pada waktu persekolahan.Hanya boleh jual makanan/minuman diluar waktu persekolahan sja.Siaran dari KPM telah dikeluarkan pada 12/6/2013.

    Amat malang pelajar diajar untuk tidak menghormati perjanjian dan menjalankan perniagaan yang tidak sah.

    https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/kantin-sekolah.html

    ReplyDelete
  8. Lol im here just to copy paste , Muahahaha

    ReplyDelete
  9. Mintak izin untuk refer karangan, terima kasih

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas karangan anda 👍

    ReplyDelete
  11. bahagian A tak perlu peribahasa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahagian A just 200-250 patah perkataan je,so klu awak rsa krgn awak tkk pnjg and still kena tmbah,awak tmbh la tapi klu dah panjang better takyah sbb nnti lebih limit dya ^_^

      Delete
  12. Terima kasih kepada yg buat ni semoga Allah S.W.T memberkati hidup anda

    ReplyDelete
  13. Terima kasih org yang buat karangan ni.Karangan ni sangat membantu❤️

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. ini bahagian A atau bahagian B?

    ReplyDelete
  16. Trop tard trop tard. Toul wa poui tua

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah last minit sedar diri

    ReplyDelete
  18. Karangan ini mcm tak matang dohh

    ReplyDelete
  19. Terima kasih isi isi sangat membantu saya dalam membuat karangan😊

    ReplyDelete