Blog Kami Adalah Untuk Membantu Para Pelajar Yang Menduduki UPSR , PT3 DAN SPM Dalam Mencari Idea Dalam Penulisan Bahasa
selamat datang
Monday, 22 July 2019
Semangat Kejiranan
Friday, 19 July 2019
Contoh Pendahuluan: Peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak
Thursday, 18 July 2019
Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Sahsiah Anak - Anak
Tuesday, 16 July 2019
Amalan Gaya Hidup Sihat
Monday, 15 July 2019
Karangan A- Faedah Koperasi Sekolah
Thursday, 11 July 2019
Keruntuhan Rumah Tangga
Wednesday, 10 July 2019
Kepentingan Rumah Terbuka
Kepentingan Hutan Kepada Manusia
Monday, 8 July 2019
Kesan Makanan Segera Kepada Ahli Keluarga
Wednesday, 19 October 2016
KEPENTINGAN ILMU KEPADA SEORANG PELAJAR
Ilmu pengetahuan dapat melahirkan individu atau seorang pelajar yang bermoral . apbila disebutkan dengan moral ini pasti semua orang mempunya pandangan yang positif. Justeru itu, apabila seseorang pelajar itu mempunyai ilmu sudah pasti ia mempunyai nilai – nilai moral dalam dirinya. Pelajar yang bermoral pasti akan memperoleh kecemerlangan di dalam setiap aspek. Berbalik dari segi agama Islam yang menyuruh bahawa kita kita mengamalkan sifat mahmudah di dalam diri kita. Hal berkait rapat dengan moral seseorang terutamanya seorang pelajar kerana apabila dia menuntut ilmu pastinya menunjukkan sikap yang positif kepada guru agar ilmu yang diperoleh itu mendapat keberkatan. Di sekolah, dengan adanya subjek mata pelajaran seperti pendidikan islam, sivik serta pendidikan moral ini dapat memupuk nilai – nilai murni yang baik di dalam diri pelajar tersebut disamping dapat meningkat ilmu pengetahun, teringat pepatah melayu ada mengatakan sambil menyelam minum air iaitu kita mendapat dua manfaat di dalam satu perkara. Seseorang yang bermoral pasti akan disukai oleh orang disekelilingya kerana tingkah lakunya yang tertib serta sangat menghormati guru- guru. Justeru itu, pelajar tersebut Berjaya di dalam kehidupannya. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia serta bersahsiah. Oleh itu, tuntutlah ilmu untuk meningkatkan moral kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini.
Selain itu, setiap pelajar seharusnya bertungkus – lumus dalam menimba ilmu dan bersungguh- sungguh mempelajari ilmu yang baharu. Kementerian pelajaran Malaysia telahpun menambahbaik system pembelajaran kepada kaedah yang terkini iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sistem ini bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar dalam menyelesaikan soalan – soalan yang sukar. Hal ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berminda kelas pertama dan berfikiran secara meluas ataupun terbuka. Oleh itu, ini juga boleh menjadi aset yang beharga kepada Negara. Berikutnya, ilmu pengetahuan juga boleh ditimba dengan membaca bahan bacaan seperti buku – buku ilmiah, surat khabar dan bahan bacaan yang mendatangkan manfaat yang lain. Seterusnya, sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu yang penuh di dada, pelajar tersebut boleh membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah sekali gus dapat berbakti kepada orang ramai maka ,kita perlulah bersungguh – sungguh mengejar ilmu seperti kata hikmat mencari ilmu biarlah sampai ke Negara China. Oleh itu, terbuktilah bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan pelita hidup juga penerang kehidupan. Dalam mendepani arus kemodenan dunia yang kian pesat,pelbagai bidang ilmu haruslah dikuasai kerana persaingan yang hebat pada era ini. Ilmu pengetahuan dalam dalam bidang – bidang ilmu seperti bidang bahasa asing,bidang kesenian ,bidang kesusasteraan serta bidang sains. Jika kita mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dalam bidang – bidang yang dinyatakan ini sudah pasti kehidupan kita akan cerah seperti disinari matahari di siang hari. Hal ini terjadi kerana pelajar – pelajar pada zaman moden ini sangat pintar dalam berfikir , mereka ini sudah dididik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi oleh guru – guru. Oleh itu, ramai individu yang berintelektual tinggi telah terdidik di Malaysia. Apabila seseorang pelajar itu menguasai bidang ilmu lain yang bukan kebiasaan setiap pelajar seperti mempelajari bahasa asing seperti bahasa jepun, mandarin,dan bahasa inggeris yang mantap ini merupakan salah satu pernambahan aset yang sangat memberi manfaat kepada individu tersebut kerana bidang bahasa asing ini bukanlah semua pelajar berminat untuk mempelajarinya. Justeru itu,seseorang individu tersebut akan memperoleh manfaat yang besar dalam kehidupannya serta memudahkannya mendapat tempat di IPT sejurus membuka memperoleh peluang pekerjaan yang cerah. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dapat menjana kehidupan yang berjaya.
Ilmu pengetahuan tonggak kehidupan, kepentingan ilmu pengetahuan juga ialah dapat menjamin masa hadapan seseorang pelajar untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan taraf hidup mereka. Pada perenggan sebelum ini saya sudah jelaskan tentang pelbagai bidang ilmu yang membolehkan pelajar tersebut memperoleh tempat di peringkat IPT serta pekerjaan yang baik. Kehidupan seseorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi juga akan membina keselesaan hidup yang lebih sempurna. Ilmu pengetahuan juga menjadikan seseorang pelajar itu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara pada masa hadapan sekali gus melahirkan masyarakat yang berintelektual yang tinggi. Selain itu, seseorang pelajar itu akan akan dijadikan rujukan oleh masyarakat jika mempunya ilmu pengetahuan yang pelbagai aspek. Ilmu pelita kehidupan yang menjadikan seseorang pelajar menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar pada masa yang akan datang disebabkan kecanggihan teknologi yang kian menonjol akibat penyelidikkan dan penerokaan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi elektronik. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan kerana dunia masa kini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memudahkan memenuhi pasaran kerja. Oleh itu, kita harus menuntut ilmu sedalam- dalamnya. Jelaslah bahawa jika kita mempunyai ilmu pengetahuan pastinya kita memperoleh masa hadapan yang cerah seperti matahari.
Izharnya, ilmu pemacu kejayaan hidup seseorang individu yang bergelar pelajar. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berpendidikan tinggi dan mempunya ilmu pengetahuan yang meluas dalam setiap aspek di negar ini. Bagi mencapai hasrat bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang berhasrat untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 nanti masyarakat yang berintelektual yang tinggi merupakan pemacu kea rah kemajuan Negara selaras menjana ekonomi yang kukuh di Negara ini. Oleh itu, ilmu pengetahuan sangat penting bagi setiap individu untuk meningkatkan taraf hidup mereka bagi menempa rintangan dalam kehidupan yang penuh dengan persaingan pada masa kini. Ilmu pengetahuan telah dihuraikan di perenggan- perenggan bukan saja memberi keuntungan kepada diri sendiri malah bangsa dan Negara yang harmoni ini. Cabaran dunia pada hari inilah yang menyebabkan kita perlu menuntut ilmu sehingga sampai ke menara gading. Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang taat pada perintah Allah swt. Di samping kita menimba ilmu janganlah sesekali kita melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya. Akhir kata dari saya sebelum meletakkan pen saya , marilah kita sama- sama menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi dalam setiap bidang .
Kepentingan Ilmu Pengetahuan
Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui pelbagai sumber. Antara sumber untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan adalah daripada media cetak dan media elektronik. Ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai kepentingan kepada semua anggota masyarakat.
Antara kepentingan memiliki ilmu pengetahuan ialah seseorang boleh meluaskan kosa kata. Hal ini demikian kerana kosa kata seseorang boleh bertambah jika mereka banyak membaca. Bahan bacaan yang boleh membantu untuk meluaskan kosa kata ialah seperti majalah, akhbar,novel,dan cerpen. Jelaslah bahawa penguasaan kosa kata yang luas merupakan kepentingan ilmu yang harus dimanfaatkan oleh seseorang.
Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan juga boleh menjamin masa hadapan yang cemerlang. Jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan . Sebagai contoh, mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah. Menerusi mata pelajaran ini mereka dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh. Secara tidak langsung mereka akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita.
Kepentingan ilmu pengetahuan lain yang boleh dimanfaatkan ialah seseorang dapat mengetahui ilmu dalam pelbagai bidang yang dipelajari. Hal ini demikian kerana mereka boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera. Ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Sudah terang lagi bersuluh seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari.
Seterusnya, seseorang juga mampu menyelesaikan masalah jika mereka memiliki ilmu pengetahuan yang berguna. Dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah. Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah dengan berkesan,mereka harus memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup. Contohnya, jika seseorang pelajar mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka akan dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru. Oleh itu kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai jika kita mempunyai ilmu pengetahuan.
Dengan memiliki ilmu pengetahuan, kita juga boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji. Hal ini demikian kerana kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Sebagai contoh, seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang boleh diamalkan ialah saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai. Sesungguhnya, kita akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat perlu menuntut ilmu pengetahuan bagi memastikan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan. Hasrat ini perlu direalisasikan agar rakyat dapat menyumbang ke arah kemajuan negara menjelang tahun 2020.
-
Koperasi sekolah boleh didefinisikan sebagai pusat atau tempat yang memberikan perkhidmatan kepada warga di sekolah terutamanya berkaitan ...
-
Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan s...